Connect with us

Oh! Media

Sarah Yasmine Didesak Persatuan Seniman Untuk Henti Rosakkan Imej Artis Malaysia

sarah yasmine

Oh! Artis

Sarah Yasmine Didesak Persatuan Seniman Untuk Henti Rosakkan Imej Artis Malaysia

Semakin hari semakin banyak pula perkara yang didedahkan wanita kelahiran Singapura, Sarah Yasmine tentang artis Malaysia yang terkait dengan isu Aliff Aziz.

ADVERTISEMENT

Disebabkan itu, Persatuan Seniman Malaysia menggesa agar semua selebriti yang terkait dengan pendedahan Sarah untuk membuat laporan polis.

BACA: Presiden Persatuan Seniman Malaysia Akhirnya Bersuara Isu Senarai Hitam Ruhainies Dan Aliff Aziz

Perkara itu disampaikan oleh Setiausaha Agung Seniman, Mohd Hafiz Mohd Nafiah selepas melihat apa yang dilakukan Sarah ini boleh mencemarkan nama baik industri hiburan tempatan.

Seniman menggesa agar pihak-pihak yang mana terpalit dalam isu ini untuk membuat laporan polis dan Suruhanjaya Komunikasi Malasyia (SKMM) supaya pihak berkuasa dapat menjalankan siasatan.

Kami juga mengingatkan semua pihak untuk tidak polimikkan isu ini dan hentikan segera perbalahan, salah menyalah serta membuka aib mana-mana individu di media sosial bagi menjaga nama baik industri di mata masyarakat.

Sarah Yasmine diminta berhenti keruhkan lagi keadaan…

Saranan ini turut ditujukan kepada Sarah Yasmine agar hentikan sebarang perkongsian aib mana-mana individu di media sosial.

Isu yang hangat diperkatakan oleh Sarah juga dianggap isu peribadi. Kami menggesa perkara ini diselesaikan secara tertutup dan hentikan apa sahaja tindakan yang boleh mengeruhkan lagi keadaan.

Dalam pada itu, Seniman turut berharap agar masalah rumah tangga antara Bella Astillah dan Aliff Aziz dapat diselesaikan tanpa campur tangan orang luar yang tiada kena mengena.

Kredit: mStar

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas