Connect with us

Oh! Media

zed zaidi

Oh! Artis

“Ada Dah Fed Up Buat Swab Test Banyak Kali” – Zed Zaidi Cadang Vaksin Diberi Lebih Awal Pada Selebriti

Selepas mendapat banyak aduan daripada para artis kerana terpaksa berulang kali menjalani ujian calitan bagi setiap projek, Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) meminta kerajaan mempertimbangkan suntikan vaksin lebih awal buat golongan penggiat seni menerusi laporan mStar.

Jelas Presiden persatuan tersebut iaitu Zed Zaidi, kerajaan juga sepatutnya mengambil peluang untuk ‘mempergunakan’ pengaruh besar yang dimiliki oleh golongan selebriti supaya dapat menyebarkan mengetahui pengetahuan vaksian COVID-19 dengan lebih meluas.

IKLAN

Kerajaan juga perlu melakukan perkara yang sama di sini. Seniman bersedia bekerjasama dengan kerajaan bagi menjadi frontliner untuk membantu daripada sudut kempen vaksinasi COVID-19 melalui media sosial para selebriti tersebut. Kalau kerajaan tak gunakan pengaruh yang ada pada artis, rugilah.

zed zaidi

Bahkan Zed Zaidi sempat menggunakan contoh negara luar seperti Indonesia yang menggunakan para selebriti di negara mereka untuk memberikan kesedaran kepentingan vaksin tersebut kepada serata rakyat.

Kita ambil contoh paling dekat, seperti di Indonesia, mereka melantik selebriti sebagai ikon dan individu yang terawal untuk terima vaksin. Ia dilakukan agar dapat meyakinkan rakyat mereka bahawa vaksin itu selamat selain dapat menolak gerakan anti vaksin yang turut dilaungkan beberapa selebriti sebelum ini.

Disebabkan ramai artis yang sudah penat terpaksa melakukan ujian calitan tersebut banyak kali, lantas dia meminta kerajaan melonggarkan prosedur operasi standard (SOP) bagi meringankan beban mereka.

Ada yang sampai kata dah fed up nak buat swab test banyak kali, dahlah sekarang susah untuk mereka dapat job. Kalau dah dapat vaksin, tak perlulah mereka banyak kali buat swab test setiap kali dapat offer kerja. Dari situ dah dapat jimat kos… ingat tak sakit hidung kena cucuk banyak kali?

zed zaidi

Dalam pada itu, Zed Zaidi berkata bahawa Seniman akan mensasarkan 100 anak seni sebagai perantis utama untuk program Survival Pandemik Anak Seni dengan kerjasama produk kesihatan VML.

Katanya, ia adalah merupakan antara usaha Seniman dalam memberikan bantuan kepada anak seni yang terjejas dari sudut pendapatan dalam kelangsungan hidup melalui perniagaan.

Kredit: mStar Online

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media

Penulis di Oh! Media berkaitan perihal hiburan dan isu trending di media sosial.

Comments

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Oh.. Hai awak 👋
Trending terus kepada anda

Rangkuman ini akan mengumpulkan semua berita pilihan penulis yang popular setiap hari dan terus dihantarkan kepada anda. Ianya percuma!

Kami tidak akan spam! Baca privacy policy kami.

Trending Bulan Ini

Ohmedia Banner
Ke Atas