Connect with us

Oh! Media

Oh! Artis

“Kenapa Asyik Sama?” – Izara Aishah Persoal Jalan Cerita Drama-Drama TV Yang Tiada Perubahan

Sudah menjadi kebiasaan masyarakat di Malaysia sering menonton drama-drama yang disiarkan di televisyen mengisahkan pelbagai genra tidak kira percintaan mahupun kisah sedih. Walaubagaimanapun, konsep yang diketengahkan dalam drama-drama kini yang kebiasaan disiarkan di televisyen mendapat perhatian daripada seorang pelakon wanita.

Pelakon tanah air, Izara Aishah melalui ciapannya di laman Twitter kelmarin mempersoalkan mengapa industri lakonan di Malaysia masih mengetengahkan jalan cerita yang sama dan tiada perubahan sejak dari dulu.

IKLAN

Beliau juga meminta agar lebih banyak lagi kisah realiti seperti drama Nur diketengahkan berbanding kisah fantasi yang sama sejak dari dulu.

Boleh ke drama kita hentikan buat cerita fantasi macam cikgu bercinta dengan pelajar sekolah menengah (yang saya sendiri lakonkan, Ya Allah). Kahwin paksa (haram di sisi Islam. Saya juga yang berlakon). Kahwin dengan sepupu… Ya Allah. Boleh ke banyak buat drama realiti macam Nur?

Dalam satu hantaran berlainan di Twitter juga, pelakon wanita berusia 28 tahun itu terdahulu pernah menanyakan hal sama kepada pihak stesen televisyen (TV) dan sebab masih diteruskan jalan cerita yang sama kerana digemari oleh masyarakat.

Sampai sekarang masih ada offer drama macam itu. Diaorang kata penonton suka.

Rata-rata netizen menyokong cadangan yang disiarkan oleh Izara Aishah dan berharap lebih banyak karya mempamerkan kisah benar seperti karya arahan Shahrulezad Mohameddin, Nur yang memfokuskan perspektif kehidupan masyarakat sekeliling selain turut mengekalkan kualiti sebagai sebuah drama.

Kredit: Utusan Malaysia, Izara Aishah

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media

Editor-In-Chief. Penulis sepenuh masa di Oh! Media berkaitan isu viral dan trending di media sosial.

Comments

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas