Connect with us

Oh! Media

“Daddy Minta Maaf Sangat-Sangat” – Aliff Aziz Menangis Ingat Anak, Reda Lepaskan Bella Astillah

aliff aziz cerai

Oh! Artis

“Daddy Minta Maaf Sangat-Sangat” – Aliff Aziz Menangis Ingat Anak, Reda Lepaskan Bella Astillah

Dalam satu sesi podcast bersama The Commonfolks SG, penyanyi Aliff Aziz memohon maaf kepada isteri, Bella Astillah di atas apa yang berlaku.

ADVERTISEMENT

Penyanyi ini reda jika berpisah adalah jalan yang dikehendaki Bella demi kebahagiaannya.

BACA: Aliff Aziz Akhirnya Bersuara, Menangis Dan Mengaku Menyesal Keluarkan Cerita Curang Bella

Selebriti kelahiran Singapura ini akan melepaskan Bella seperti yang dimahukan dan berdamai dengan takdir.

aliff aziz

Aliff merasakan tidak adil jika dia mementingkan diri sendiri selepas segala ‘kemusnahan’ yang dibuatnya. Dia akan menjadikan apa yang berlaku sebagai satu pengajaran terbesar dalam hidupnya.

Untuk Bella, sejak benda ni berlaku saya belum dapat bercakap dengan awak lagi. Bukan saya tak nak cakap tapi saya takut dengan apa yang saya akan rasa. Dan benda tu akan bawa saya kembali ke waktu-waktu saya menyesal dulu.

Terima kasih untuk perkahwinan ini, terima kasih untuk kasih sayang awak. Terima kasih dah melahirkan anak-anak yang comel untuk saya. Pada saat ini, bila saya tengok cermin saya nampak seorang lelaki yang gagal.

Secara jujur, Aliff mengaku tiada siapa yang mampu membuatkan dirinya berasa sempurna seperti yang dilakukan Bella.

bella astillah

Aliff meletakkan kesalahan pada diri sendiri yang kurang menghargai dan mengambil ringan kasih sayang yang dicurahkan Bella sehinggalah dia kehilangannya.

Apa yang saya buat kali ini, memang tak dapat dimaafkan. Saya kena terima hakikat yang saya mungkin akan kehilangan keluarga saya selamanya. Tapi Bella layak untuk bahagia dan mungkin Bella tak dapat kebahagiaan tu bila bersama saya.

Aliff meminta maaf telah banyak melukai hati Bella sepanjang 8 tahun perkahwinan mereka. Dia juga memohon keampunan kepada ibu bapa mentuanya.

Kalau waktu boleh diputar, saya akan betulkan kembali tapi itulah, hidup tidak begitu. Saya kena teruskan hidup. Saya doakan semoga awak bahagia. Saya harap awak juga dapat doakan yang terbaik untuk saya, keluarga saya dan hidup saya akan datang.

Kepada Adrean dan Ara, kalau kamu tengok video ni, daddy minta maaf sangat-sangat. Banyak benda yang tak sepatutnya berlaku. Daddy tak sepatutnya..

Tak dapat menahan sebak, Aliff dilihat mengalirkan air mata kerana telah menghancurkan keluarga kecilnya.

Kredit: Youtube The Commonfolks SG

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas