Connect with us

Oh! Media

p.ramlee

Oh! Artis

Zakaria Nasir Terlepas Tali Gantung

3 tahun lalu, tiga orang individu termasuk cucu kepada seniman tanah air, Allahyarham Tan Sri P.Ramlee telah ditangkap kerana dipercayai mengedar 4.6 kilogram dadah jenis Kanabis. Bagaimanapun, Mahkamah Tinggi telah melepaskan dan membebaskan mereka daripada tuduhan itu.

BACA: “Terasa Bagai P.Ramlee Masih Hidup” – Indahnya Raya, Fairuz Misran

IKLAN

Bersyukur terlepas tali gantung

Keputusan itu diputuskan oleh Hakim, Nurulhuda Nur’aini Mohamad Nor kerana pihak pendakawaan gagal membuktikan kes. Pihak pendakwaan turut gagal memanggil saksi penting bagi membuktikan Zakaria Nasir (cucu P.Ramlee), Mohd. Faizul Zulkifli dan Mohammad Saifuddin Darmawan bersalah.

Justeru, timbul keraguan terhadap pertuduhan tersebut. Maka, ketiga-tiga tertuduh dilepas dan dibebaskan daripada pertuduhan. – Kata Hakim.

Mereka bertiga sebelum ini dituduh mengedar dadah jenis Kanabis di sebuah unit rumah di Desa Idaman, Taman Puchong Prima pada 15 Januari 2018. Mereka kemudian disiasat di bawah Seksyen 39b (1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan memperuntukkan hukuman gantung sampai mati.

Kredit: Kosmo

+ Baca respon pembaca yang di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Comments

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Trending Bulan Ini

Berita Trending Setiap Hari
Dihantar Terus Kepada Anda

Kami bantu himpunkan berita paling popular setiap hari dan dihantar ke emel anda secara percuma. Langgan'lah sekarang!

Kami tidak spam anda! Baca privacy policy kami.

Ohmedia Banner
Ke Atas