Connect with us

Oh! Media

“Cili Tu Tak Masak Betul” – Nabila Huda Dikecam Gara-Gara ‘Bahan’ Video Masakan Orang Lain

Oh! Artis

“Cili Tu Tak Masak Betul” – Nabila Huda Dikecam Gara-Gara ‘Bahan’ Video Masakan Orang Lain

Siapa tak kenal pelakon hebat, Nabila Huda yang sering mendapat nama oleh masyarakat sebagai pelakon yang mampu menjiwai pelbagai watak yang diberi. Tapi, dengar khabar Nabila kena kecam dengan warga net baru-baru ini, hmm kenapa pula?

ADVERTISEMENT

BACA: Didakwa Selamba Curi Barang Bantuan, Nabila Huda Bengang Dengan Sikap Wanita Ini

Kecaman warga net itu bermula dengan satu video di Twitter yang telah menunjukkan pelakon itu mengkritik satu video TikTok yang berkongsi resepi bagi membuat nasi goreng.

“Buat nasi goreng pun kena bahan”

Perkongsian video di Twitter itu telah menarik perhatian ramai dan rata-rata netizen mengecam reaksi ketawa Nabila Huda yang menurut mereka tidak patut. Mereka percaya resepi nasi goreng tersebut boleh divariasikan dengan pelbagai cara.

Guna nama

Nabila Huda juga tampil membuat kenyataan dan memberitahu bahawa tindakannya itu adalah disebabkan oleh video tersebut telah menggunakan namanya untuk mendapatkan publisiti dan tidak mengikut resepinya yang sebenar. Selain itu, Nabila juga memohon maaf kepada pemilik video itu atas perbuatannya.

Video lama

Walau bagaimanapun, pendedahan daripada warga net menunjukkan video yang dikecam itu merupakan video dari tahun lepas sebelum wujudnya resepi daripada Nabila Huda sendiri. Heh, macam mana pula jadi macam ini?

Kredit: Twitter

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas