
Oh! Artis
Dituduh Curang Hingga Ceraikan Isteri, Chazy Nash Tampil Bersuara
Chazy Nash menafikan dakwaan yang sedang diperkatakan di Threads.
Isu rumah tangga memang sensitif, apatah lagi bila dikaitkan dengan orang ketiga. Itulah yang sedang hangat diperkatakan melibatkan personaliti media sosial, Chazy Nash.
BACA: “Hentikan Cerita, Spekulasi Tah Apa-Apa” – Influencer Chazy Nash Umum Bercerai Dengan Isteri
Menerusi beberapa hantaran di Threads, ada netizen menuduh Chazy Nash curang dengan seorang wanita freehair dan seksi sehingga sanggup menceraikan isteri sendiri.
Chazy Nash nafi curang punca cerai
Namun dakwaan ini dinafikan Chazy Nash sendiri. Chazy memohon semua pihak agar menghentikan penyebaran cerita tidak benar dan spekulasi liar berkaitan penceraiannya dengan Fatin Morat.

Menurutnya, tiada pihak ketiga terlibat dan mereka berdua telah sepakat untuk berpisah secara baik selepas beberapa kali berlaku ketidaksefahaman dalam rumah tangga.
Untuk makluman, tiada orang ketiga yang terlibat dalam penceraian saya bersama Fatin Morat. Ketidaksefahaman dalam perkahwinan kami telah berlaku beberapa kali dan kami telah mencapai kata sepakat untuk berpisah secara baik.
Cerai Januari 2025, kini mula berkawan dengan orang baru

Menurut Chazy lagi, dia dan Fatin telah sah bercerai pada Januari 2025 dan sepanjang tempoh iddah, mereka berdua saling menjaga batas serta menghormati perasaan masing-masing.
Dalam masa yang sama, dia turut menjelaskan bahawa hubungan dengan individu lain hanya terjalin beberapa bulan selepas bercerai dan mula menjadi lebih rapat sekitar bulan Mei.
Ingin saya jelaskan bahawa saya mula berhubung dengan individu berkenaan hanya bermula beberapa bulan selepas penceraian dan menjadi lebih rapat sejak Mei.
Tambahnya, segala dakwaan dan tuduhan yang tular ketika ini hanyalah spekulasi dan cerita tidak berasas.
Tuduhan yang didakwa ditujukan kepada Chazy Nash


Chazy turut membuka ruang untuk sesiapa sahaja bersemuka dan berbincang jika ada sebarang ketidakpuasan.
Chazy juga sempat berpesan kepada netizen agar tidak terus mengeruhkan keadaan kerana dia dan bekas isterinya baik je demi keharmonian anak-anak mereka.

Pssttt! Tuan badan sendiri dah tampil nafikan dakwaan tak benar tu. Jadi orang luar dah boleh berhenti tuduh bukan-bukan ya, kesian anak-anak bila terbaca nanti.
Kredit: Instagram Chazy Nash
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
