Trending
“Hentikan Cerita, Spekulasi Tah Apa-Apa” – Influencer Chazy Nash Umum Bercerai Dengan Isteri
Pempengaruh popular, Chazy Nash akhirnya tampil membuat penjelasan berhubung status rumah tangganya bersama isteri, Fatin Morat, selepas pelbagai spekulasi dan salah faham mula bertebaran di media sosial.
Menerusi satu hantaran rasmi di Instagram, Chazy memaklumkan bahawa mereka telah sah bercerai pada 23 Januari 2025 secara baik.
“Dalam hal ini, saya yang bersalah”

Menurut Chazy, mereka sebenarnya berniat untuk mendiamkan perkara ini tanpa sebarang hebahan.
Namun, disebabkan cerita makin meleret dan dikaitkan pula dengan isu lain, mereka akhirnya terpaksa bersuara demi menjernihkan keadaan.
Kami telah berpisah secara baik (divorced) pada 23 Januari 2025. Jodoh kami tidak panjang dan kami sepakat untuk membawa haluan masing-masing. Tapi apa-apa pun, dalam hal ini, saya yang bersalah.
Masih jalinkan hubungan baik demi anak

Walaupun sudah berpisah, Chazy menjelaskan bahawa hubungan mereka masih kekal baik demi anak-anak.
Kami masih berhubung dan berjumpa jika perlu. Tiada sebarang persengketaan berkait hal jagaan. Kami urus semuanya dengan baik.
Dalam masa sama, Chazy turut menafikan fitnah yang mengaitkan dirinya dengan kes CEO Batu. Beliau meminta semua pihak agar menghormati privasi mereka dan tidak membuat spekulasi melulu.
Pssttt! Ramai yang sedih dengan berita ni memandangkan Chazy Nash dan Fatin pasangan kegemaran yang selalu menghiburkan pengikut dengan video-video lucu. Tapi apa kan daya, setakat itu je jodoh mereka.
Kredit: Instagram Chazy Nash
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
Fimie Don Dedah Realiti Berlakon Drama Hikayat Putera Shazlan | Oh! Podcast Ep25
OH! MEDIA 14/03/2026 8:00 PM