Connect with us

Oh! Media

Cerita Babak ‘Panas’ Raja Farah, Fauzi Nawawi Mengaku Salah Dan Mohon Maaf

Fauzi1

Oh! Artis

Cerita Babak ‘Panas’ Raja Farah, Fauzi Nawawi Mengaku Salah Dan Mohon Maaf

Pelakon, Fauzi Nawawi tampil memohon maaf selepas tular video memaparkan dirinya menceritakan babak rogol membabitkan pelakon wanita, Raja Farah dalam filem Anak Halal.

BACA: Raja Farah Dan Suami Respon Video Tular Mengenai ‘Scene’ Rogol

Pelakon ini menjelaskan, program tersebut sebenarnya sudah lama ditayangkan di kaca TV. Namun, ianya kembali hangat diperkatakan sehingga kecoh di Twitter.

IKLAN

Dia memohon maaf kepada semua yang terkesan khususnya kepada Raja Farah, suami dan keluarga. Dia juga meminta maaf kerana mengambil masa yang lama untuk memberi respon. Katanya dia baru sahaja balik daripada penggambaran.

Saya tahu berita ini dah malam. Kebetulan tengah shooting scene berat, saya ignore.

Saya tutup komen sebab tak nak mengganggu fikiran saya.

Jelas pelakon yang terkenal dengan watak antagonis ini, habis sahaja recording program itu dia ada meminta pihak penerbit dan produksi memotong mana-mana yang sensitif.

Apabila bersembang sesama lelaki, Fauzi mengaku salah apabila terlepas cakap perkara tidak sepatutnya. Dia sedar ada bahagian sensitif yang tidak perlu ditayangkan kepada umum. Tetapi sayangnya rancangan itu sudah ditayangkan dua kali, katanya.

Fauzi mengaku jahil dan tidak baik, tetapi dia sedang memperbaiki diri untuk menjadi lebih baik. Dia sekali lagi memohon maaf dari hujung rambut ke hujung kaki. Dia langsung tiada niat untuk mengaibkan Raja Farah dan suami.

Kredit: Instagram Fauzi Nawawi

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Arini Saleh
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas