Connect with us

Oh! Media

Caprice Seorang Penyayang, Sebab Utama Dipilih Menjadi Suami

suami

Oh! Artis

Caprice Seorang Penyayang, Sebab Utama Dipilih Menjadi Suami

Farra Inalis, isteri kepada Caprice yang baru sahaja melangsungkan perkahwinan mereka telah menyatakan sebab sebenar memilih Caprice sebagai suami.

ADVERTISEMENT

BACA: Caprice Kongsi Video Dan Akui Berkahwin Dengan Seorang Ibu Tunggal Anak Satu Selepas 40 Hari Hilang

Menerusi laporan Utusan, Farra telah menceritakan tentang sifat peribadi suaminya untuk penonton rancangan popular, MeleTOP.

Caprice berjaya memenangi hati Farra

suami

Farra menyatakan bahawa penyanyi rap itu memiliki sifat yang sangat penyayang, terutama kepada anaknya. Ini merupakan sebab utama dia yakin bahawa Caprice merupakan calon terbaik untuk dijadikan suami.

Alasan yang kuat adalah kerana Caprice ini seorang yang sangat penyayang dengan budak. Jadi, dia berjaya memenangi hati saya dari oleh sebab itulah.

Caprice dengan anak saya juga sangat rapat. Dia juga selalu membawa anak saya membeli barang permainan.

Selain itu, bila kita keluar makan bersama, dia melayan anak saya tidak nampak palsu. Jadi, maknanya dialah orangnya.

Keluarga Caprice juga memainkan peranan yang penting dengan memberikan semangat untuk Caprice akan kontroversi yang melandanya sebelum ini.

Caprice juga mengaku bahawa proses untuk menghalalkan hubungan mereka berdua mempunyai banyak halangan.

Semoga Caprice dan Farra Inalis kekal bahagia hingga ke akhir hayat. Biasanya lelaki yang suka melayan budak-budak ini memang menjadi pilihan utama para wanita di luar sana. Betul ke?

Kredit: Utusan

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Comments

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas