Connect with us

Oh! Media

Caprice Kongsi Video Dan Akui Berkahwin Dengan Seorang Ibu Tunggal Anak Satu Selepas 40 Hari Hilang

caprice

Oh! Artis

Caprice Kongsi Video Dan Akui Berkahwin Dengan Seorang Ibu Tunggal Anak Satu Selepas 40 Hari Hilang

Tadi kita dikejutkan dengan berita perkahwinan penanyi rap tanah air, Caprice bersama seorang wanita yang dikenali sebagai Farra. Walaupun Caprice masih gagal dihubungi pihak media bagi mengesahkan perkara itu, gambar Caprice sedang menyarungkan cincin sudah tersebar.

ADVERTISEMENT

Memetik laporan Kosmo, nama penuh wanita yang berjaya memikat hati Caprice adalah Farra Inalis Hussni yang berasal dari Kota Bharu, Kelantan. Dia yang lebih mesra dipanggil Elis itu juga dalah seorang ibu tunggal anak satu yang baru berusia 26 tahun.

Isteri Caprice juga seorang usahawan berjaya

Untuk pengetahuan, Elis sudah enam tahun bergelar ibu tunggal dan anak perempuannya berumur tujuh tahun. Dia seorang usahawan wanita berjaya dan mempunyai jumlah pengikut yang ramai di media sosial.

Setakat ini hanya pengurus Caprice, Aiman Munier sahaja yang dapat dihubungi pihak media bagi mengesahkan perkara itu.

Apa yang saya tahu, sepatutnya pernikahan dilangsungkan di sebuah masjid di Kuala Lumpur, tetapi berdasarkan gambar itu lokasi mungkin ditukar pada saat akhir. Saya sendiri dapat gambar mereka (nikah) daripada Azira Shafinaz, bukan Caprice, sebelum berkongsi di Instagram saya. – Katanya.

Pengurus Caprice yakin Elis mampu jadi isteri yang baik

Aiman bagaimanapun tidak mahu menjawab lebih dan menyerahkan kepada Caprice untuk mengesahkan berita baik ini.

Apa yang boleh saya maklumkan, saya pernah bertemu Elis dan dari situ yakin dia mampu menjadi isteri yang baik serta dapat menjaga Caprice dengan sempurna.

Terkini! Caprice sahkan dirinya telah berkahwin selepas 40 hari menghilang

Akhirnya, Caprice sendiri telah berkongsi dengan kita semua satu video bagi mengesahkan berita perkahwinannya. Dia mengakui sudah bergelas suami kepada Farra Inalis dan turut memohon maaf kepada semua kerana menghilangkan diri dalam tempoh yang agak lama. Caprice memaklumkan dia akan berkongsi berita gembira ini dalam masa terdekat.

Caprice dan Elis sudah berkenalan hampir setahun untuk mengenal hati budi yang akhirnya mengambil keputusan untuk bersama. Sebelum kita dapat pengesahan dari Caprice boleh la kita ucapkan tahniah dahulu buat mereka berdua dan semoga bahagia hingga akhir hayat.

Kredit: Kosmo | Instagram

+ Baca respon pembaca yang di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Comments

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas