Connect with us

Oh! Media

(Video) Caprice Dan Isteri Kena Gangguan Sihir, Tok Singa Dengar Tapak Kaki Jalan Masa Baca Ruqyah

Oh! Artis

(Video) Caprice Dan Isteri Kena Gangguan Sihir, Tok Singa Dengar Tapak Kaki Jalan Masa Baca Ruqyah

Siapa tak kenal dengan penyanyi rap, Ariz Ramli yang sebelum ini hangat diperkatakan berikutan beberapa isu panas.

ADVERTISEMENT

Terbaru, penyanyi yang lebih mesra disapa Caprice ini mendedahkan dirinya menerima rawatan daripada pengamal perubatan tradisional Tok Singa dan Ustaz Shafiq.

Katanya, Tok Singa datang daripada Kedah untuk ‘check’ dirinya termasuk isteri dan ternyata mereka ada unsur-unsur terkena gangguan sihir.

Menerusi sesi live perawat, Caprice dan isteri memberitahu mereka ada bermimpi benda-benda aneh termasuk ular hitam. Isteri Caprice pula nampak ‘bayangan’ dalam rumah dan didatangi lelaki tak dikenali dalam mimpi.

Difahamkan, Caprice dan isteri sebelum ini dah pernah dapatkan rawatan Islam mengenai masalah yang menimpa mereka.

Video rawatan penuh

Part kedua video live memaparkan Tok Singa dan Ustaz Shafiq memulakan rawatan dengan membaca ayat-ayat Al-Quran untuk mengesan jika ada yang mengganggu mereka.

Semasa Ruqyah dibacakan, badan isteri Caprice iaitu Fara Inalis menggigil dan dia dilihat menangis. Semasa merawat, Tok Singa mendengar ada tapak kaki berjalan di dalam rumah.

Kata Tok Singa lagi, isteri Caprice ada mengalami gangguan di rahim di mana dia menghadapi masalah haid dan susah hamil.

Ustaz juga ada nasihat Caprice supaya buang semua patung mainan dalam rumah kerana itu antara faktor jin dan sihir mudah akses. Dia juga akan berpindah dari satu patung ke patung lain.

Semoga urusan Caprice dan isteri dipermudahkan, semoga cepat sembuh.

Kredit: Facebook Pusat Rawatan Al-Idrus | Tok Singa | Instagram Caprice

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas