Connect with us

Oh! Media

Caprice Dah Sah Jadi Suami Orang?

caprice

Oh! Artis

Caprice Dah Sah Jadi Suami Orang?

Tiada angin tiada ribut, begitulah yang dapat digambarkan mengenai berita Caprice yang tiba-tiba dikhabarkan sudah berkahwin dengan seorang gadis misteri.

ADVERTISEMENT

BACA: Sifat Panas Baran Dalam Diri Caprice Berpunca Dari Penyakit?

Semuanya bermula apabila seorang individu bernama Yasser Khan telah berkongsi foto Caprice menyarungkan cincin buat pasangannya. Kedua mereka dilihat sedondon dengan busana berwarna putih.

Lebih meyakinkan apabila Azira Shafinaz turut berkongsi semula entri berkenaan di laman Instagram miliknya.

caprice kahwin

Walaubagaimanapun, menurut mStar, pengurus Caprice iaitu Aiman menolak untuk memberikan sebarang pengesahan mengenai berita itu.

Saya pun dapat info agak lambat, saya tak berani nak sahkan betul atau tidak. Tapi kalau dah ada orang kongsi gambar kahwin dia, maksudnya betul la tu.

Malah Aiman memilih untuk tidak mendedahkan dengan lebih lanjut mengenai identiti wanita tersebut cuma jelasnya, dia merupakan seorang yang baik.

Apa yang saya tahu Caprice berkenalan dengan wanita itu dah hampir setahun.

Tambahnya lagi, mungkin berita adalah benar memandangkan Azira yang merupakan kenalan rapat Caprice berkongsi mengenainya.

Apapun kita nantikan Tahniah buat Caprice dan pasangan!

Kredit: mStar

+ Baca respon pembaca yang di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Comments

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas