Connect with us

Oh! Media

“Cantik Tapi Dior Kot…”Zahirah MacWilson Dikecam Netizen Kerana Tak Boikot Jenama Luar

zahirah macwilson

Oh! Artis

“Cantik Tapi Dior Kot…”Zahirah MacWilson Dikecam Netizen Kerana Tak Boikot Jenama Luar

Pelakon terkenal,  Zahirah MacWilson menerima kecaman hebat dari netizen apabila dia memuat naik sebuah gambar dengan mengayakan beg tangan dari jenama antarabangsa yang diketahui berkait dengan Israel.

ADVERTISEMENT

Aktres jelita itu dikecam oleh orang ramai kerana dianggap tidak sensitif dengan keadaan semasa dan sudah sedia maklum topik berkenaan isu boikot ini semakin berleluasa.

Zahirah MacWilson

Malah, warganet juga tidak berpuas hati kerana pelakon ini mempunyai followers yang cukup ramai di Instagram, tempat hantaran itu dimuat naik.

Jenama ini menyokong pembunuhan beramai-ramai, awak sebenarnya mampu buat lebih baik daripada ini.

Tolong sedar yang jenama tu menyokong pembunuhan beramai-ramai terhadap rakyat Palestin. Kita perlu boikot produk ini walaupun akan kehilangan tawaran kerja.

Walaupun peminatnya sudah mengetahui mengenai kontrak yang mungkin dibuat oleh Zahirah bersama jenama berkenaan, tetapi itu bukan alasan yang relevan.

Zahirah MacWilson

Zahirah MacWilson

Ini kerana selebriti Malaysia tidak sepatutnya takut kehilangan kerjasama dengan jenama-jenama antarabangsa jika benar mereka menyokong Palestin.

Namun begitu, sejak semalam masih belum ada sebarang respon daripada Zahirah berkenaan gambar yang dimuat naiknya.

Sebelum ini, Zahirah pernah memuat naik sebuah hantaran di laman Instagramnya yang melihatkan tanda sokongan kepada negara Palestin.

BACA: Kongsi Video Aiman Hakim Dapat Kejutan Bakal Jadi Bapa, Zahirah Macwilson Buat Peminat Sebak

Terdahulu, aktres Zahirah MacWilson berkongsi satu video kejutan kepada Aiman Hakim apabila disahkan hamil dengan cahaya mata.

Kredit: Instagram Zahirah MacWilson

+ Baca artikel penuh di Facebook dan Telegram Oh! Media.


@ohmedia

Jangan hidup penuh dengan alasan plis kalau nak berjaya.

♬ original sound – Oh! Media – Oh! Media

  • zahirah macwilson
  • zahirah macwilson

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas