Connect with us

Oh! Media

‘Bukan Tangkap Basah’ – Ruhainies Minta Semua Pihak Tidak Memfitnah Dirinya

Ruhainies ohmedia

Oh! Artis

‘Bukan Tangkap Basah’ – Ruhainies Minta Semua Pihak Tidak Memfitnah Dirinya

Pelakon wanita, Ruhainies tampil menjelaskan apa yang ditulis oleh pihak media berkenaan kontroversi melibatkan dirinya boleh menimbulkan fitnah.

Ruhainies

Ruhainies memaklumkan spekulasi melibatkan dirinya kelmarin bukan ‘tangkap basah’ seperti yang didakwa oleh pihak media.

Salam, ingin saya perbetulkan di sini, hati dengan penulisan tajuk atau isi di dalam content supaya tidak menimbulkan spekulasi yang lebih buruk yang mengelirukan dan mengeruhkan lagi keadaan. Ia nya sama sekali “bukan tangkap basah”.

Sehingga kini saya masih belum berikan apa apa kenyataan. Dan segala apa yang dikeluarkan di media bukanlah statement dari saya dan ianya tidak tepat.

Walaupun JAWI sudah mengesahkan penangkapan Aliff Aziz dan Ruhainies berhubung kes khalwat, pelakon itu seperti menidakkan perkara tersebut.

IKLAN

Saya mohon supaya media tidak menulis apa apa yang boleh mengundang provokasi atau pun fitnah sehingga saya mengeluarkan kenyataan rasmi dari saya sendiri. Saya mohon kerjasama semua pihak supaya lebih berhati hati dan lebih bertanggungjawab.

Apa-apa pun kita tunggu statement yang akan dikeluarkan oleh pelakon ini supaya pihak media mahupun netizen clear dengan apa yang berlaku sebenarnya.

Kredit: Instagram

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Nizar Rahman
Nizar, atau lebih dikenali sebagai Encik Jambu, bukan sahaja seorang penulis berbakat di Oh! Media tetapi juga seorang pelakon dan pengacara. Selain itu, beliau turut memainkan peranan penting dalam menguruskan media sosial, memastikan penjenamaan Oh! Media sentiasa relevan dan berinteraksi dengan pengikut.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas