Connect with us

Oh! Media

“Bukan Semua Benda Melibatkan Duit” – Tular Isu Parodi, Catriona Ross Mohon Maaf

Kak Kek

Oh! Artis

“Bukan Semua Benda Melibatkan Duit” – Tular Isu Parodi, Catriona Ross Mohon Maaf

Terdahulu, tular sebuah video parodi dalam Program MeleTOP menampilkan babak semasa sambutan hari jadi Usahawan Iqbal bersama Dato’ Seri Vida.

BACA: Tular Video Parodi Catriona Ross Tiru Gaya DSV, Ahmad Iqbal Beri Respon Balas

Bagaimanapun, video tersebut mendapat respon balas daripada empunya badan, Ahmad Iqbal yang meluahkan rasa terkilan tentang parodi tersebut.

IKLAN

Ahmad Iqbal ‘tegur’ Catriona Ross

Baru-baru ini juga, Ahmad Iqbal turut berkongsikan sebuah video di Insta story yang mempaparkan rasa kecewanya terhadap Catriona Ross yang dianggap idolanya sejak kecil.

Selain itu, usahawan itu turut mempersoalkan sama ada pelakon tersebut sanggup berbuat sedemikian oleh kerana ingin menyindir ataupun bayaran semata-mata.

Menurutnya, dia juga telah menghantar mesej melalui Direct Message (DM) di instagram kepada pelakon itu, namun tidak dijawabnya sehingga sekarang.

Catriona Ross tampil mohon maaf

Berhubung dengan teguran itu, Catriona Ross atau dikenali sebagai Kak Kek itu tampil memohon maaf kepada DS Vida serta Ahmad Iqbal.

Perkara itu diucapkannya melalui perkongsian di Insta story, Kak Kek mengakui terpaksa mengambil masa yang lama untuk memberi respon balas oleh kerana sibuk menguruskan keluarga.

Selain itu, pelakon tersebut turut menafikan dakwaan Iqbal yang menyatakan dirinya membuat video parodi tersebut kerana mahukan wang ringgit.

Saya minta maaf kerana ambil masa yang lama untuk membalas anda. Saya sibuk menguruskan keluarga di rumah walaupun Iqbal merasakan Kak Kek sengaja nak berdiam diri.

Menjawab isu pertanyaan Iqbal adakah saya melakukan parodi itu disebabkan duit? Saya nak jelaskan kepada Iqbal, tidak semua benda dalam hidup saya berkiblatkan duit.

Menurutnya lagi, parodi tersebut dilakukan atas dasar kerja sekaligus menafikan tuduhan dirinya menerima tawaran lumayan.

Sebagai seorang profesional, saya akan melakukan tugas mengikut kehendak, keperluan dan profesionalisme sebagai seorang pelakon.

Tetapi menghormati pandangan dan perasaan Iqbal, saya minta maaf dengan hati yang terbuka. Mudah-mudahan Iqbal berasa lebih tenang dan damai selepas ini.

Kak Kek berikan nasihat kepada Iqbal

Mengakhiri ucapannya itu, dia juga sempat menitipkan nasihat kepada Iqbal agar berani dan terus kuat untuk menghadapi dugaan hidup.

Lebih-lebih lagi jika usahawan itu ingin menceburi dunia selebriti. Kak Kek mengakui realiti seorang yang telah dikenali adalah lebih ‘berat’ dan berharap Iqbal terus kuat menghadapinya.

Jangan ambil benda yang kecil sebagai satu kudis dan mudah-mudahan Iqbal menerima permohonan maaf saya ini. Terima kasih.

Sementara itu, menerusi ruangan komen pada hantaran Catriona di laman Instagram, Iqbal yang mengetahui perkara itu turut memohon maaf jika dakwaannya itu telah melukakan hati pelakon tersebut.

Kredit: Instagram Catriona Ross I Kosmo!

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Arini Saleh
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas