Connect with us

Oh! Media

“Bukan Netizen Yang Tentukan Keputusan” -Ali Puteh Akui Sudah Lali Dengan Kecaman

Oh! Artis

“Bukan Netizen Yang Tentukan Keputusan” -Ali Puteh Akui Sudah Lali Dengan Kecaman

Sudah semestinya seluruh rakyat Malaysia sudah mengetahui kes yang mengaitkan pelawak tanah air, Ali yang dikecam gara-gara dituduh memakan harga anak yatim selain turut berbalas saman dengan balu Allahyarham Abam Bocey, Nor Hidayah Mohd Ali yang juga merupakan kakak iparnya.

ADVERTISEMENT

Baru-baru ini, Ali puteh dapat menarik nafas lega apabila perbicaraan kes saman terhadapnya sudah tamat selepas semua pihak tapil dengan keterangan masing-masing.

Pelawak berusia 32 tahun bagaimanapun berkata bahawa sudah lali dengan kecaman netizen terhadap dirinya secara berterusan di laman media sosial.

Memetik laporan Harian Metro, Ali atau nama sebenarnya Syed Ali Mubarak Syed Mohd Ridzuan juga turut mengatakan bahawa netizen tiada hak untuk menentukan keputusan siapa yang betul dan salah.

Hanya mahkamah yang boleh tentukan keputusan. Ada juga netizen yang mengata macam-macam dekat Instagram, tapi saya jawab komen elok-elok kerana kita masih meraikan Syawal.

Kalau mereka kata Nor Hidayah (kakak ipar) menang tak apalah. Saya tak nak cemarkan bulan Syawal ini dengan perbuatan yang kurang manis. Saya dah biasa dengan kejian orang. Alhamdulillah saya okay saja.

Walaupun pelbagai kecaman dilemparkan, Ali akan tetap mengambil tindakan kepada netizen yang menghina fizikalnya secara keterlaluan.

Kalau ada yang panggil saya dengan gelaran Ali Hitam dan bermain dengan body shaming (ejekan tubuh) agak melampau dan babitkan keluarga, saya takkan teragak-agak untuk ambil tindakan mahkamah. Negara kita ada undang-undang dan kalau mereka melampau sangat, perkara ini akan dibawa ke mahkamah. Jangan pula kata saya asyik nak saman saja, sebaliknya mereka sendiri yang nak jumpa saya. Saya akan ‘print screen’ dan ambil tindakan.

Ali turut menzahirkan rasa malas bergaduh dengan netizen di media sosial dan jalan terbaik untuk ajar mereka adalah dengan mengajak mereka ke mahkamah.

Walaubagaimanapun, Ali juga turut mengharapkan netizen untuk mendoakan yang baik-baik dan tidak merosakkan hari Syawal ini dengan kecaman yang melampau.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media

Comments

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas