
Oh! Artis
“Bukan Ke Lelaki Ni Pernah Mengaku Tiduri 20 Wanita?” – Netizen Bimbang Lihat Ameera Khan Dengan Lelaki Indonesia
Pempengaruh media sosial, Ameera Khan, sekali lagi mencuri perhatian apabila dilihat mesra bersama aktor sensasi Indonesia, Jefri Nichol.
Hubungan mereka sebelum ini pernah menjadi perbualan hangat dan kini tular lagi selepas video mereka di Jakarta mendapat perhatian netizen.

Jefri pernah mengaku tiduri lebih 20 orang wanita
Sebelum ini, Jefri, 25, mengakui dalam sebuah podcast bahawa dia pernah tidur dengan 20 wanita.
Pengakuan ini mengundang pelbagai reaksi, terutama apabila Ameera, yang pernah menyuarakan minat untuk lelaki beriman, dilihat rapat dengan aktor tersebut. Netizen memenuhi ruangan komen, meluahkan keprihatinan terhadap pilihan Ameera.
Spekulasi hubungan Ameera dan Jefri
Kisah antara Ameera dan Jefri bukanlah baru. Gosip mengenai hubungan mereka pernah tersebar, namun dikatakan berakhir selepas Ameera tidak lagi mengikuti akaun Instagram Jefri.
Namun, video terbaru mereka menimbulkan kembali spekulasi dan tanda tanya netizen.
Walau apa pun, segelintir peminat berpendapat bahawa mereka mungkin hanya sekadar berkawan.
#OhmediaNasihat
Dalam memilih pasangan, pastikan keputusan kita berlandaskan prinsip yang diyakini. Kebahagiaan sebenar datang dari hubungan yang sihat dan penuh kepercayaan.
