Sebelum ini, dialog pelawak tanah air, Bell Ngasri telah mengundang rasa sedih ramai selepas seakan-akan meluahkan isi hati ketika melakukan persembahan di pentas Maharajalawak Mega 2021 minggu ke-8.
BACA: Disangka Rakan Artis Minta Bantuan, Bell Ngasri Kerugian RM1,000
Hal itu selepas kumpulan yang diwakilinya melakonkan sketsa seperti menjuarai program tersebut sebelum Ajak meluahkan rasa malu untuk menyertai team Tobat kerana tidak lawak.
Kemudian, Bell atau nama sebenarnya Nasrizal Ngasri mula menyuarakan bahawa dirinya sudah lama berada di dalam industri, namun tidak pernah langsung memenangi sebarang anugerah.
Lebih mengharukan, Bell juga mengakui sudah 8 kali menyertai program lawak itu dan tersingkir awal sebanyak 7 kali. Namun, perjuangannya untuk edisi kali ini merupakan minggu paling jauh yang pernah dia lalui.
Bell Ngasri beri penjelasan, tiada niat ingin raih simpati ramai
Berhubung dengan perkara itu, pelawak berusia 41 tahun bagaimanapun terkejut selepas melihat reaksi orang ramai yang tersentuh akan dialognya itu.
Menurutnya, dia tidak sesekalipun berniat ingin meraih simpati, bahkan dirinya pernah bercadang untuk menukar dialog tersebut sebelum dihalang oleh Ajak dan Ropie.
Namun, Bell juga turut menyatakan bahawa perkara tersebut hanyalah dibuat secara suka-suka selain turut risau jika orang ramai mula menyampah serta menyangka dirinya hanya ingin meraih undian dari penonton.
Awalnya, saya cuma lontarkan dialog itu sekadar suka-suka sewaktu raptai dan sebenarnya segan nak sebut hal sebegitu tapi Ajak dan Ropie suka.
Sewaktu nak naik pentas pada Jumaat lalu pun, saya masih cuba cadangkan idea ‘plot twist’ lain namun mereka nak saya teruskan juga.
Sejujurnya saya sangat risau dialog itu jadi serius dan tak dapat diterima. Saya takut nanti ada pula yang menyampah, nampak seperti lapar perhatian, dan nak meraih undi namun tak sangka ia berjaya.
Akui diri terasa ‘kerdil’ bertanding dalam MLM
Dalam pada itu, Bell juga turut merasakan dirinya terlalu ‘kerdil’ apabila bertanding dalam program tersebut lebih-lebih lagi bergandingan dengan pelawak berpengalaman dalam pentas MLM.
Katanya, walaupun sudah berada dalam industri hiburan sejak dari kanak-kanak lagi, namunya dia tetap merendah diri akan tahapnya yang dilihat jauh berbeza dengan peserta MLM.
Jujur, ada sedikit beban untuk saya bersama nama-nama besar seperti mereka dalam MLM2021. Walaupun sudah berzaman saya berada dalam bidang ini sejak kanak-kanak, tahap saya mungkin jauh lebih bawah daripada mereka.
Saya tak pernah rasa diri berada di tahap lebih tinggi berbanding mereka. Itu pentas mereka dan saya cuma turut serta berkongsi.
Mengakhiri ulasannya, Bell sekali lagi menyatakan dialog tersebut bukanlah untuk meraih simpati, malahan hanya untuk mengucapkan terima kasih kepada rakan kumpulan yang membantu membawanya bersama sehingga ke peringkat suku akhir.
Kredit: Harian Metro I TikTok adiemohd
+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media