Connect with us

Oh! Media

“Buang Jelah Nama Sepahtu Tu” – Shuib ‘Join’ Ubi Superstar Live, Netizen Kesian Dengan Jep

Oh! Artis

“Buang Jelah Nama Sepahtu Tu” – Shuib ‘Join’ Ubi Superstar Live, Netizen Kesian Dengan Jep

Kumpulan Ubi yang menjuarai Muzikal Lawak Superstar musim ketiga diberi peluang untuk tampil dalam program sketsa komedi menerusi program terbaru terbitan Astro Warna, UBI SUPERSTAR LIVE.

ADVERTISEMENT

Kumpulan yang dianggotai Fad, Sharif Zero serta bakat baru, Namie diserikan lagi dengan kehadiran dua pelawak terkenal iaitu Shuib dan Ajak.

Shuib sertai Ubi Superstar Live

Di Instagram, peminat kumpulan Sepahtu mengkritik tindakan Shuib yang secara tiba-tiba menyertai kumpulan Ubi untuk program itu.

Rasa kekecewaan peminat difahamkan kerana Shuib dilihat tak lagi bersama kumpulan Sepahtu.

Peminat kecewa Sepahtu berpecah

ubi superstar
sepahtu
shuib ubi superstar live

Memetik laporan Gempak, Shuib berkata dia terbuka untuk sertai program Sepahtu kerana dia meletakkan program Sepahtu Reunion paling seronok yang dia pernah bermain. Ujarnya, Ubi Superstar Live seperti angin baru dan tiada salahnya jika dia cuba.

Terdahulu, Jep meminta peminat untuk berhenti mempersoalkan tentang mengapa kumpulan Sepahtu tidak kembali bersatu semula. Jep menganggap setiap ahli kumpulannya sudah memilih untuk membawa haluan masing-masing sekaligus menjadikan faktor mereka tidak lagi bersama.

BACA: “Saya Dah Ajak, Dah Pujuk Tapi..” – Jep Jawab Mengapa Shuib Tak Kembali Bersama Sepahtu

Kredit: Instagram Shuib Sepahtu | Gempak

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas