Connect with us

Oh! Media

“Saya Dah Ajak, Dah Pujuk Tapi..” – Jep Jawab Mengapa Shuib Tak Kembali Bersama Sepahtu

sepahtu

Oh! Artis

“Saya Dah Ajak, Dah Pujuk Tapi..” – Jep Jawab Mengapa Shuib Tak Kembali Bersama Sepahtu

Siapa tidak sedih bila kumpulan yang kita gemari akhirnya berpecah dan tidak lagi bersama. Itulah apa yang sedang dilalui kumpulan pelawak Sepahtu yang semakin berpecah.

ADVERTISEMENT

BACA: Suasana Penuh Hiba, Kehadiran Shuib Dalam Episod Akhir Sepahtu Reunion Buat Netizen Sebak

sepahtu

Bagaimanapun, Jep meminta peminat untuk berhenti mempersoalkan tentang mengapa kumpulan Sepahtu tidak kembali bersatu semula.

Masing-masing ada tanggungjawab…

Jep atau nama sebenarnya Muhd Nadzri Zainal Abidin menganggap setiap ahli kumpulannya sudah memilih untuk membawa haluan masing-masing sekaligus menjadikan faktor mereka tidak lagi bersama.

Susah, masing-masing dah ada commitment, rezeki, keiinginan masing-masing.

Kalau sorang tak nak buat, takkan la saya nak berhenti. Ni lah tempat saya cari makan. Jadi, saya kena terus berjalan, saya ada benda nak kena tanggung. Ada wife, ada anak-anak.

Sudah puas pujuk dan ajak Shuib tapi itu pilihannya…

Bukan itu sahaja, suami kepada aktres jelita Sari Yanti itu juga berkata dia sudah puas memujuk ahli kumpulan lain untuk meneruskan Sepahtu, namun terpaksa akur dengan keputusan mereka.

Nak kata pujuk dah pujuk, nak kata ajak, dah ajak. Tapi kita kena hormat keputusan orang lain.

Apapun, kita doakan sahaja yang terbaik buat mereka dan sokong usaha mereka hiburkan kita.

@beritahairanmy

Jep minta jangan persoal lagi mengapa Shuib tidak kembali bersama Sepahtu. Pilihan masing-masing… #jepsepahtu #shuibsepahtu

♬ original sound – Berita Hairan – Berita Hairan

Kredit: TikTok

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

30 Hari Paling Trending

Ke Atas