Connect with us

Oh! Media

Britney Spears Tampil Berani Kongsi Gambar Bogel Di Media Sosial

Ohmedia britney spears

Oh! Artis

Britney Spears Tampil Berani Kongsi Gambar Bogel Di Media Sosial

Britney Spears sekali lagi kejutkan peminat selepas kongsi gambar bogel bersama bunga ros di media sosial.

Nama Britney Spears memang tak pernah lekang dengan kontroversi. Kalau sebelum ni ramai terkejut dengan video pelik yang dia muat naik, kali ini penyanyi berusia 43 tahun itu sekali lagi buat peminat terdiam bila dia berkongsi gambar bogel yang memaparkan bahagian belakang tubuhnya.

Dalam gambar yang dimuat naik kepada lebih 41 juta pengikutnya, Spears hanya memakai boots sambil menonjolkan punggungnya yang dihiasi dengan bunga ros.

Aksi berani itu pantas menjadi perhatian ramai dan seperti biasa, menimbulkan pelbagai reaksi di kalangan peminat serta pengikutnya.

IKLAN

Britney Spears tutup ruang komen elak kecaman…

Walaupun sering dikecam bila berkongsi gambar sebegini, Spears nampaknya sudah bersedia dengan tindakannya kali ini. Dia menutup ruangan komen pada hantaran tersebut bagi mengelakkan perdebatan hangat di media sosial.

Langkah ini jelas menunjukkan Spears tidak mahu lagi terjebak dalam kontroversi yang berlarutan di ruang komen. Bukan kali pertama Spears memuat naik gambar bogel, malah sebelum ini beberapa kali tindakannya mengundang rasa kurang senang orang ramai.

Malah, baru-baru ini penyanyi lagu Toxic itu sekali lagi mencetuskan kebimbangan selepas memuat naik video menyanyikan lagu Unfaithful milik Rihanna sambil memperlihatkan keadaan rumahnya yang kelihatan bersepah.

Pssttt! Kadang-kadang hidup artis penuh dengan tekanan sampai ada yang sanggup lakukan apa saja untuk luah perasaan. Tapi korang kena ingat, tak semua benda perlu ditayang di media sosial. Ada baiknya kita simpan sedikit ruang privasi untuk diri sendiri supaya tak timbul salah faham atau cemuhan orang luar.

Kredit: Instagram
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Dapatkan kemaskini harian Oh! Media setiap hari terus di emel melalui langganan percuma di bawah.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
M. Hafizal
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas