Connect with us

Oh! Media

“British Menjajah Dan Bantu Bangunkan Negara Kita..”- Kenyataan Vivy Yusof Cetus Perdebatan Antara Netizen

Ohmedia vivy yusof

Oh! Artis

“British Menjajah Dan Bantu Bangunkan Negara Kita..”- Kenyataan Vivy Yusof Cetus Perdebatan Antara Netizen

Datin Vivy Yusof, ikon bisnes fesyen baru-baru ini sekali lagi mengundang perdebatan di kalangan netizen di Twitter tentang penjajahan British. Ia bermula selepas seorang pengguna Twitter @nabilahudatahar telah berkongsi potongan video InstaStory Vivy yang sedang menerangkan tentang penjajahan British ke Tanah Melayu kepada anak lelakinya, Daniel Azim Shah.

British pernah menjajah negara kita dan mereka membantu membangunkan negara kita. Disebabkan itu gambar orang British banyak diambil. – Kata Vivy kepada anaknya.

Penerangan Vivy ini sebenarnya hanya secara ringkas bagi memudahkan anaknya yang masih kecil untuk faham tetapi sesetengah netizen merasakan kenyataan itu tidak tepat.

Isu yang dibangkitkan The Huda ini menarik perhatian ramai, ada yang tidak menyokong dan ada juga yang menyokong. Pelbagai fakta dan hujan dapat dilihat bagi membuktikan apa yang mereka faham itu benar.

IKLAN

British bina jalan tapi bukan untuk nenek moyang guna pun!

Selepas British rompak semua hasil baru bagi kemerdekaan?

Mereka bina kemudahan untuk kepentingan mereka sahaja?

Anak Vivy masih kecil untuk faham perkara sebenar…

Apapun itu hanya potongan video pendek dari Vivy, kita tidak pasti mungkin ada banyak lagi yang diterangkan Vivy kepada anaknya untuk memahami sejarah Malaysia. Untuk info, Vivy Sofinas Yusof mendirikan rumah tangga dengan Datuk Fadza Shah Anuar pada 2012 dan dikurniakan empat orang cahaya mata iaitu Sarah Ilham, Daniel Azim, Mariam Iman dan Idris Ali.

Kredit: Twitter | Instagram Vivyyusof

+ Baca respon pembaca yang di Facebook dan Telegram Oh! Media.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
M. Hafizal
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas