Connect with us

Oh! Media

Vivy Yusof Rancang Lancar Aplikasi Sedekah

Ohmedia vivy Yusof

Oh! Artis

Vivy Yusof Rancang Lancar Aplikasi Sedekah

Usahawan dan ikon fesyen terkenal, Vivy Yusof, sekali lagi mencuri perhatian netizen apabila berkongsi hasrat untuk membangunkan sebuah aplikasi sedekah.

Dalam hantaran di Instagram Story baru-baru ini, Vivy mengingatkan orang ramai untuk tidak lupa bersedekah, terutamanya pada hari Jumaat.

Namun, apa yang menarik perhatian ialah ideanya untuk menghasilkan aplikasi sedekah yang bertujuan memudahkan orang ramai menyalurkan bantuan kepada golongan memerlukan.

IKLAN

Ada yang setuju, ada yang tidak…

Vivy Yusof

Tidak semua bersetuju dengan cadangan Vivy. Ada yang berpendapat usahawan itu wajar menyelesaikan kes mahkamahnya terlebih dahulu sebelum bercakap soal membantu orang lain.

Kes pecah amanah yang membabitkan Vivy masih dalam perbicaraan, dan ini membuatkan sesetengah netizen menganggap cadangan tersebut tidak sesuai pada waktu ini.

Kenapa tak tunggu selesai dulu kes mahkamah? Baru ada kredibiliti.- Tulis seorang pengguna X.

Namun begitu, ramai juga yang menyokong hasrat Vivy dan melihat aplikasi sedekah ini sebagai satu langkah baik untuk memudahkan proses bersedekah, terutamanya dalam era digital.

Kalau betul dia buat, ini satu inisiatif yang sangat bagus. Tak salah nak bersangka baik.- Tulis seorang lagi pengguna.

#OhmediaNasihat

Niat untuk membantu orang lain adalah sesuatu yang mulia, tetapi pastikan ia dilaksanakan dengan niat yang ikhlas dan tanpa mengundang keraguan.

Sebagai masyarakat, elakkan daripada terus menghukum niat seseorang tanpa mengetahui keseluruhan cerita. Sentiasalah bersangka baik, tetapi jangan lupa berhati-hati dalam apa jua perkara.

Ohmedia vivy Yusof

Jap!


Baca dulu respon netizen di Facebook.
Rujukan kami: Aplikasi X


🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
M. Hafizal
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas