Connect with us

Oh! Media

Boss Ned Menyampah Dengan Marketing Guna Perkahwinan

ohmedia boss ned

Oh! Artis

Boss Ned Menyampah Dengan Marketing Guna Perkahwinan

Boss Ned kecewa dengan trend marketing guna kahwin untuk tarik perhatian.

Kalau korang perasan sekarang ni, makin ramai yang jadikan perkahwinan mahupun kisah cerai sebagai modal marketing produk.

Ada yang siap buat gimik kahwin semata-mata nak promosi produk. Tapi lain pula pendapat daripada bekas suami Nora Danish, Nedim Nazri atau lebih dikenali sebagai Bos Ned.

Boss Ned anggap kahwin bukan benda main-main…

ohmedia bossned nora danish

Melalui satu hantaran di Threads, Boss Ned kongsi rasa tak puas hati dengan trend pelik ni. Katanya, kahwin bukan benda untuk dibuat main-main sebab ia ikatan yang sepatutnya kekal abadi.

IKLAN

Jangan lah kita main pasal kahwin, pasal mengahwini seseorang adalah abadi untuk kita. Saya hanya cakap dari diri saya, korang nak marah, marah lah saya!.- Jelas Nedim.

Menyampah dengan marketing kahwin…

Dalam hantaran sama, Nedim turut luahkan rasa menyampah bila ada individu sanggup guna alasan kahwin semata-mata nak push produk. Baginya, benda macam ni dah keterlaluan.

Saya merasakan menyampah dengan main diorang!.- Katanya ringkas tapi cukup pedas.

Bila tengok di ruangan komen, rata-rata netizen pun angguk kepala dengan pendapat Nedim. Ramai setuju marketing perkahwinan ni patut dihentikan sebab nampak macam mempermainkan sebuah ikatan suci.

Pssttt! Betul juga apa yang Bos Ned cakap tu. Kahwin ni bukan sekadar content untuk viral atau marketing nak naikkan jualan. Perkahwinan adalah satu ikatan hidup, jadi jangan jadikan ia bahan mainan. Kalau nak promote produk pun, biarlah dengan cara yang lebih beretika dan kreatif.

Kredit: Threads
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Dapatkan kemaskini harian Oh! Media setiap hari terus di emel melalui langganan percuma di bawah.

OH! MEDIA

Kongsikan artikel ini

Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.

BULETIN OH! MEDIA

Baca Yang Paling Best Je.

Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!

Pautan artikel telah disalin.
author avatar
M. Hafizal Ketua Editor
Sebagai Ketua Editor di Oh! Media, Hafizal komited menyajikan berita terkini dan isu viral yang paling hangat di Malaysia. Ikuti penulisan Hafizal untuk liputan isu semasa dan gaya hidup yang sentiasa dekat dengan jiwa rakyat tempatan.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas