Connect with us

Oh! Media

“Boleh Tanya Dia Kenapa Saya Keluar Sepahtu Reunion” – Shuib Tak Nak Lukakan Hati Ramai Pihak

Oh! Artis

“Boleh Tanya Dia Kenapa Saya Keluar Sepahtu Reunion” – Shuib Tak Nak Lukakan Hati Ramai Pihak

Seperti yang kita tahu, sudah hampir dua tahun pelawak dan usahawan terkenal, Shuib tidak terlibat dengan program lawak popular, Sepahtu Reunion Live.

ADVERTISEMENT

BACA: Suasana Penuh Hiba, Kehadiran Shuib Dalam Episod Akhir Sepahtu Reunion Buat Netizen Sebak

Ketiadaan Shuib dalam program terkenal tersebut menjadi tanda tanya para peminat yang pastinya rindu akan kelibat dan gelagat ahli kumpulan Sepahtu itu di atas pentas.

Shuib tak mahu lukakan hati ramai pihak

Dalam pada itu, Shuib atau nama sebenarnya Shahmira Muhammad mendedahkan bahawa perkara ini lebih sesuai untuk dijawab dan dijelaskan oleh pihak tertentu.

Rasanya untuk isu ini baik Ketua Saluran Astro Ria, Warna & Prima, Norzeha Mohd Salleh atau JR yang jawab. Boleh tanya dia kenapa saya keluar Sepahtu Reunion.

Sebab yang dulu pernah bagi jawapan pihak pengurusan tertinggi, yang lain semua dalam tu kawan-kawan. Kami semua baik. Saya tak nak cakap lebih mengenai ini sebab takut nanti melukakan hati ramai pihak.

Pihak Astro ada pujuk Shuib

Dalam pada itu, menurut Ketua Saluran Astro Ria, Warna & Prima, Norzeha Mohd Salleh, pihaknya pernah memujuk dan menawarkan Shuib untuk kembali bersama dalam program itu.

Sudah tentu pernah cuba pujuk dia. Namun kerana komitmen dan fokus utama Shuib kini adalah pada perniagaan, maka kami menghormati keputusan itu. Walau bagaimanapun, kami sentiasa terbuka dan berbesar hati untuk Shuib kembali bekerjasama dalam Sepahtu Reunion andai diizinkan Allah.

Ketiadaan Shuib memang satu kehilangan besar. Shuib tetap memberi sokongan kepada kami dan Sepahtu. Dia pernah muncul sebagai cameo dalam salah satu episod Sepahtu Reunion Live musim lalu. Komitmen sebagai cameo hanya memerlukan Shuib datang pada hari siaran langsung sahaja dan tiada sesi latihan diperlukan.

Terdahulu, seorang lagi ahli kumpulan Sepahtu, Rahim mendedahkan bahawa pihaknya sentiasa terbuka untuk bekerjasama dengan Shuib bagi menjayakan program tersebut pada masa akan datang.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas