Connect with us

Oh! Media

Suasana Penuh Hiba, Kehadiran Shuib Dalam Episod Akhir Sepahtu Reunion Buat Netizen Sebak

Oh! Artis

Suasana Penuh Hiba, Kehadiran Shuib Dalam Episod Akhir Sepahtu Reunion Buat Netizen Sebak

Selepas hampir tujuh bulan ditayangkan, akhirnya sitkom komedi kegemaran ramai, Sepahtu Reunion Live secara rasmi ‘melabuhkan tirainya’ semalam bagi musim kali ini.

ADVERTISEMENT

BACA: Gara-Gara Tersingkir MLM 2021, Rahim Dan Man ‘Dibahan’ Dalam Sepahtu Reunion

Seperti biasa, tiga pelakon utama sitkom ini iaitu Jep, Rahim dan Pak Ya masih lagi mengekalkan elemen lawak bersahaja serta membuatkan penonton di dalam studio tidak kering gusi.

Ditambah pula dengan kehadiran cameo iaitu penyanyi tanah air, Khai Bahar yang tampil membuat persembahan dalam salah satu babak dalam sitkom tersebut.

Kemunculan Ebby Yus dan Wany Hasrita cuit hati penonton

Bagaimanapun, kehadiran pelawak terkenal, Ebby Yus disamping penyanyi, Wany Hasrita juga turut mewarnai sitkom kali ini selepas memainkan watak yang penting untuk menghiburkan hati penonton.

Seperti yang kita ketahui, Ebby sebelum ini jarang terlihat di kaca televisyen oleh kerana mengalami masalah kesihatan akhirnya kembali sehingga mendapat sorakan daripada penonton.

Mana tidaknya, lawak bersahaja ditambah pula dengan loghat Negeri Sembilan yang diketengahkan sudah cukup memeriahkan suasana studio.

Tidak kurang hebatnya juga Wany Hasrita yang memegang watak sebagai Natasha dalam sitkom bertajuk ‘Mencari sepatu yang hilang’ itu berjaya membawa karakter tersebut dengan sempurna.

Kedatangan tak dijangka, geng Sepahtu terkejut dengan kehadiran Shuib

Selain daripada kemunculan Ebby Yus, kehadiran Shuib dalam episod kali ini juga cukup mengejutkan orang ramai apabila secara tiba-tiba muncul sebagai cameo.

Jep, Rahim dan Pak Ya ketika itu hanya mampu terdiam seakan-akan terkejut akan perkara itu sehingga penonton di dalam studio tidak henti-henti memberikan tepukan yang gemuruh.

Menerusi perkongsian di laman Instagram milik Zon Lawak, Shuib yang hadir semasa di penghujung episod telah menyentuh emosi rakan-rakannya selain menyatakan perasaan rindu untuk kembali beraksi.

Selain itu, Shuib juga sempat memberikan pick- up line kepada rakan-rakannya mengenai perbezaan diantara Sepahtu dan sepatu sebelum menunjukkan makna persahabatan erat mereka berempat.

@adiatulhazmira1181

Reply to @eleenaismail Semoga terubat rindu peminat @shuibsepahtu

♬ Hanya Rindu – Andmesh

Seperti yang kita ketahui, Shuib difahamkan telah berehat seketika dari industri hiburan selepas kehilangan isteri tersayang dan terpaksa menguruskan keempat-empat anaknya seorang diri.

Namun, kehadirannya malam tadi bukan sahaja membuat rakannya tersentuh, malah rata-rata netizen di sosial media juga turut berasa sebak selain menzahirkan rasa rindu terhadap pelawak tersebut.

Setakat ini, perkongsian itu telah mencapai lebih daripada 30,000 jumlah tontonan serta mendapat 5,815 tanda suka.

Kredit: Instagram Zon Lawak I TikTok AdiatulHazmira

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Comments

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas