Connect with us

Oh! Media

“Boleh Jaga Dah Cukup, Jangan Pukul Anak Saya” – Harry Khalifah Respon Netizen Gurau Nak Jadi Menantu

Oh! Artis

“Boleh Jaga Dah Cukup, Jangan Pukul Anak Saya” – Harry Khalifah Respon Netizen Gurau Nak Jadi Menantu

Nama Chombi mula diperkatakan selepas viral lagu Sayunk I Love You di aplikasi TikTok. Ramai yang baru tahu penyanyi lagu ini merupakan anak kepada otai terkenal Harry Khalifah.

ADVERTISEMENT

BACA: “Assalamualaikum Abah” – Lagu Trending Di Youtube, Anak Harry Khalifah Jadi Perhatian Netizen

Lepas tu viral la pula foto dan video ketika persembahan Chombi bersama bapanya tu. Ramai yang puji kecantikan Chombi sampai ada yang ‘masuk jarum’ cuba nak jadi menantu Harry atau lebih popular dengan panggilan Apak.

Ha nak tahu apa respon Apak? Baca ni.

“Saya tak pernah pukul, jentik anak saya”

Dalam laporan xtra, Apak berkata dia sebenarnya terbuka untuk menerima kedatangan lelaki mahu berkawan atau melamar anak gadisnya itu.

Tapi, buat masa ini dia akan melindungi dan mengawasi Chombi kerana usianya baru 15 tahun.

Iyalah sebagai seorang bapa mestilah dia kena protect anaknya kan? Kata Apak lagi, dari segi pemilihan dia tak kisah asalkan lelaki itu dapat jaga anaknya dengan baik.

Kalau dia datang dan boleh jaga anak saya boleh pimpin dia dah cukup tapi jangan dipukul anak saya, sebab saya tak pernah pukul dan jentik anak saya.

Sebab saya awasi Chombi 24jam. Kalau saya takda, ada orang lain yang akan jaga dia dan lindungi dia.

Saya pun nasihatkan dia juga, macam mana pun dia masih 15 tahun. Selagi dia belum berkahwin dia di bawah jagaan saya sepenuhnya.

Sementara itu Chombi pula kata, dia akan sentiasa beritahu ayah atau ibunya kalau ada lelaki yang cuba dekat dengannya.

Walaupun rapat dengan ayah, Chombi akui berasa takut kerana ayahnya seorang yang garang jadi dia terlebih dahulu akan maklumkan kepada ibu.

Trending di TikTok

@fiqznakfyp Sayunk I Love You • Chombi #fiqznakfyp #fyp #liriklagu #laguviral #fypmalaysia #fypindonesia #lagujiwang #viral #fypage ♬ Sayunk I Love You – Chombi

Kredit: xtra

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas