Oh! Artis
“Bod*h Piang” – Caprice Persoal Trend Rakam Video Umum Cerai Di Media Sosial
Penyanyi Datuk Nora Ariffin mengejutkan orang ramai apabila berkongsi video memaparkan suaminya melafazkan cerai talak satu.
Namun, Nora menegaskan suaminya tidak bersalah dan tindakan itu dibuat semata-mata mengikut arahan seseorang.

Terbaru, penyanyi rap Caprice tampil mempersoalkan tindakan merakam video lafaz cerai yang disifatkan sebagai ‘bodoh piang’.
Dalam satu hantaran di Instagram, Caprice tertanya-tanya, adakah perbuatan itu seolah-olah menjadi satu trend baru di mana seseorang sanggup menjadikan isu rumah tangga sebagai content media sosial.
Cap tak faham, adakah satu trend baru di mana nak cerai kena rakam kena post. Nak cerai kena buat live, kena bagitahu satu dunia. Cerai pun dah jadi macam content. Bak kata orang tua, ni semua bodoh piang.
Sebelum ini, tular di media sosial pergaduhan pasangan suami isteri ketika sesi live di TikTok sehingga menyebabkan suami melafazkan cerai talak satu disaksikan ribuan penonton.

Fimie Don Dedah Realiti Berlakon Drama Hikayat Putera Shazlan | Oh! Podcast Ep25
OH! MEDIA 14/03/2026 8:00 PM