Connect with us
Nora Ariffin diceraikan suami

Trending

“Suami Hanya Ikut Arahan, Melepaskan Saya Tanpa Sebarang Sebab” – Nora Ariffin Diceraikan Menerusi Rakaman Video?

Kecoh di media sosial apabila penyanyi terkenal, Datuk Nora Ariffin diceraikan oleh suaminya dalam satu video yang dimuat naiknya di media sosial. Biar betul?

Saya yang bernama Rushdi Ramli, dengan ini menceraikan dan mentalakkan isteri saya, Wan Norafiza Ariffin dengan talak satu kerana Allah.

Terbaru! Menerusi Instagram, Nora tampil bersuara dan mengatakan yang Rushdi tidak bersalah dalam urusan perpisahan mereka dan hanya mengikut arahan saja.

IKLAN

Ustaz tidak bersalah. Dia hanya mengikut arahan yang diberikan padanya. laitu melepaskan saya tanpa sebarang sebab dan juga merakamkan video sebagai bukti.

Saya tergamam tak terkata. Cukuplah Allah bersamaku.

Walau bagaimanapun, penyanyi itu juga tidak mendedahkan identiti atau apa-apa maklumat lanjut mengenai arahan yang Rushdi ikuti.

Sekadar info, Nora berkahwin dengan Allahyarham Johan Nawawi pada tahun 1992 dan dikurniakan empat orang cahaya mata.

BACA: “Saya Bertemu Jodoh Dengan Sahabat Baik Arwah Johan” – Nora Ariffin

Arwah Johan meninggal dunia pada tahun 2017 dan Nora kemudiannya berkahwin dengan Ustaz Rushdi yang juga merupakan sahabat baik arwah suaminya sebelum ini.

Nora Ariffin diceraikan suami

Jap!


Baca dulu respon netizen di Facebook & Telegram.
Rujukan kami: Instagram Nora Ariffin


Penulis sepenuh masa di Oh! Media. Skop penulisan merangkumi segala aspek terkini & viral.

Lagi dalam kategori Trending

Trending Bulan Ini

Ohmedia Banner
Ke Atas