Connect with us

Oh! Media

Bob Lokman Bersyukur Selamat Jalani Pembedahan

Oh! Artis

Bob Lokman Bersyukur Selamat Jalani Pembedahan

Penulis lirik dan pelakon popular, Bob Lokman yang sebelum ini mendapat bantuan kewangan untuk kos rawatannya memaklumkan dia selamat menjalani pembedahan membetulkan degupan jatung atau Cardiac Resynchronization Therapy & Defbrillator di Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar.

ADVERTISEMENT

Pembedahan itu dilakukan pada hari Isnin lepas dan kini Bob Lokman memaklumkan sudah pulang ke kediamannya di Kubang Kerian, Kelantan.

Lega kerana semuanya sudah selamat. Saya bertolak dari Kedah kira-kira jam 10 pagi dan tidak terburu-buru untuk sampai. Saya akan berehat seketika dan selepas ini akan mula menerima kehadiran tetamu termasuk Pengerusi Finas, Zakaria Abdul Hamid pada 14 Disember ini.

Saya terkejut mendapat perhatian sebegini besar termasuk orang dari Kuala Lumpur. Perasaan saya agak gembira. Walaupun dalam keadaan sakit, kita akan jadi sihat apabila dikunjungi kawan-kawan. Katanya kepada wartawan Harian Metro.

Bob Lokman perlu menjalani beberapa rawatan ringan di HSB dalam tempoh dua minggu lagi dan untuk sepanjang tempoh ini dia perlu kerap berjalan nasihat doktor.

Saya menjalani prosedur CRTD iaitu kaedah memasukkan wayar dalam bahagian kiri dan kanan jantung yang akan menyeragamkan kadar degupan jantung bagi mengembalikan ritma normal. Saya pun dah beli kasut yang sesuai untuk tujuan ini. Saya kena berjalan dalam keadaan perlahan kerana alat ini akan memperbaiki keadaan sedikit demi sedikit. Bulan depan ia akan diselaraskan menggunakan komputer. – Katanya lagi.

Untuk pengetahuan korang, kos pembedahan yang dijalankan ini menelan kos sebanyak RM60,000 dan Bob Lokman telah menerima sumbangan dari badan bukan kerajaan (NGO), Muslim Care Malaysia. Semoga abang Bob Lokman lebih sihat dan kembali kuat.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media.

Comments

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas