Connect with us

Oh! Media

Blackpink Terpaksa Tolak Hadiah Dari Peminat?

blackpink

Oh! Artis

Blackpink Terpaksa Tolak Hadiah Dari Peminat?

Blackpink ialah sebuah kumpulan muzik wanita Korea Selatan yang dibentuk oleh YG Entertainment. Ahlinya terdiri daripada empat orang, iaitu Kim Ji-Soo, Jennie Kim, Roseanne Park dan Lalisa Manoban.

ADVERTISEMENT

BACA: Shuib Tegur Jangan Idolakan Artis K-Pop, Peminat Blackpink Mengamuk Sakan

Kumpulan ini membuat kemunculan pertama pada tahun 2016 dan pada tahun ini, mereka bakal menyambut ulang tahun yang kelima di Industri K-pop.

Tukar hadiah dengan sokongan

Menurut Soompi, Agensi pengurusan YG Entertaiment memberitahu pihak mereka terpaksa membuat keputusan yang agak sukar, dimana mereka tidak boleh menerima hadiah daripada peminat pada tahun ini.

Keputusan ini dibuat oleh YG Entertainment selepas berbincang dengan kesemua ahli kumpulan Blackpink mengenai isu ini.

Kami ingin membuat pengumuman mengenai peminat yang sentiasa memberi sokongan kepada Blackpink. Tahun ini, ahli Blackpink menyambut ulang tahun kelima bagi debut mereka.

Mereka menerima banyak hadiah daripada peminat. Selepas berbincang, kami terpaksa membuat keputusan yang sukar.

Kami tidak akan menerima lagi hadiah yang dihantar oleh peminat untuk sebarang majlis istimewa seperti ulang tahun. Kami sangat hargai jika anda tukar hadiah itu dengan memberi sokongan dan kasih sayang kerana itu lebih diperlukan.

Pengurus kumpulan ini juga memberitahu bahawa mereka akan buang atau memulangkan semua hadiah yang diberi oleh peminat. Pengurusnya juga meminta peminat untuk memahami dan memberi kerjasama kepada pihak mereka.

Kumpulan muzik yang menyanyikan lagu ‘Kill This Love’ ini sudah memiliki lautan peminat di seluruh dunia. Di Malaysia pun ramai peminat Blackpink, bukan sahaja perempuan, lelaki pun ada. Mungkin setiap tahun dah banyak sangat terima hadiah sebab itu tahun ini mereka tak boleh terima sebarang hadiah.

Jadi untuk peminat-peminat di luar sana, kita teruskan saja menyokong kerjaya mereka okay? Mana tahu nanti mereka keluarkan lagu baru lagi!

Kredit: Soompi

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas