Connect with us

Oh! Media

Shuib Tegur Jangan Idolakan Artis K-Pop, Peminat Blackpink Mengamuk Sakan

Trending

Shuib Tegur Jangan Idolakan Artis K-Pop, Peminat Blackpink Mengamuk Sakan

Baru-baru ini, pelakon dan pelawak, Shuib Sepahtu menerusi sesi langsung di Instagram berpesan kepada orang ramai agar sentiasa menjaga diri dan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) dalam mengekang penyebaran wabak pandemik. Dalam kesempatan itu, Shuib turut menegur anak-anak muda Islam yang terlalu obses dengan artis K-pop seperti BTS dan Blackpink.

ADVERTISEMENT

BACA: “Ibu Di Syurga” – Klip Shuib Beritahu Anak Tentang Pemergian Siti Sarah Undang Sedih

Menurutnya, ibu bapa mempunyai hak untuk memarahi anak-anak yang terlalu mengidolakan artis-artis itu. Anak-anak sepatutnya diajar menjadikan Nabi Muhammad SAW dan para sahabat sebagai ikutan.

@aimifadh

Suka pesanan ni ❤️ , perbanyakkan selawat untuk mendapat syafaat kelak . #selawat #dakwahtiktok #shuib #pesanan

♬ original sound – Mie 🌸

Bagaimana pun, teguran tersebut nampaknya tidak disambut baik oleh seorang peminat fanatik kumpulan Blackpink. Malah, dia turut melenting sehingga mengaitkan perkara yang tidak sepatutnya.

K-Pop
K-pop

Tindakan melampau itu ternyata telah mengundang rasa marah netizen. Mereka menyifatkan peminat obses ini melampaui batas dan terlalu mengikut emosi. Menurut netizen, orang sebegini sejenis yang tidak boleh ditegur dan sentiasa merasa diri betul.

blackpink
K-Pop
K-pop

Sementara itu, netizen turut mempertahankan Shuib dengan menyatakan nasihat tersebut adalah demi kebaikan semua. Malah, Shuib sendiri tidak pernah mengutuk mana-mana idola K-pop sebaliknya hanya memberi teguran.

Kredit: Twitter @aemieruls_

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas