Connect with us

Oh! Media

Bintang Kembali Menyengat! Ini Senarai Peserta Gegar Vaganza Musim Ke-8

Copy of Copy of Copy of Copy of Copy of Copy of Copy of Copy of Copy of Copy of Copy of Untitled Design

Oh! Artis

Bintang Kembali Menyengat! Ini Senarai Peserta Gegar Vaganza Musim Ke-8

Program realiti nombor satu tanah air, Gegar Vaganza (GV) akhirnya kembali dengan musim kelapan menyaksikan seramai 13 orang peserta akan berentap bagi merebut kejuaraan.

BACA: Tony Stark Tinggalkan Avengers Dan Stark Industries Kerana Gegar Vaganza?

Ia akan mula bersiaran secara langsung dari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) selama 10 minggu pada setiap hari Ahad, jam 9 malam bermula 21 November ini.

IKLAN

Program yang akan ditayangkan secara eksklusif menerusia Astro Ria itu akan ‘menjanjikan’ wang tunai sebanyak RM100,000 berserta trofi kepada juara edisi kali ini.

Selain itu, barisan juri pula terdiri daripada pemuzik terkenal, Datuk Ramli MS, penyanyi lagenda Indonesia, Hetty Koes Endang serta guru vokal vokal berpengalaman, Datuk Syafinaz Selamat.

Bagi pengacara pula, GV juga masih mengekalkan duo terhebat tanah air, Nabil Ahmad dan Jihan Muse bagi mencampurkan unsur jenaka dalam program tersebut.

Senarai peserta Gegar Vaganza musim kelapan

Umum mengetahui, 13 peserta yang bakal berentap dalam edisi kali ini adalah terdiri daripada enam penyanyi lelaki solo, lima penyanyi wanita solo dan dua penyertaan secara duo atau berkumpulan. Nak tahu siapa? Jom kita tengok!

1. Aweera

Aweera

2. Azan Scan

Azan scan

3. Datuk Fazley

Gv8

4. Shidee

Shidee

5. Bandi Amuk

Peserta gegar vaganza 2021

6. Aliff Aziz

Aliff aziz 711

7.  Adibah Noor

Gegar vaganza 8

8. Ani Maiyuni

Peserta gegar vaganza

9. Suki

Suki

10. Nikki

Nikki palikat

11. Upiak Isil

Upiak isil

12. Saiful Apek dan Yassin Senario (Duo)

Peserta gegar vaganza 8

13. Nico 

Gegar vaganza 2021 378

Demikianlah 13 peserta yang bakal berentap untuk edisi kali ini. Ramai peserta berbakat bermula dari otai sehinggalah penyanyi senior. Lebih mengejutkan, penampilan daripada bekas kumpulan Senario turut mewarnai GV kali ini. Ni yang tak sabar nak tengok ni!

Kredit: Astro Gempak I Kosmo!

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Arini Saleh
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.
Comments

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas