Connect with us

Oh! Media

“Bila Dah Buat, Korang Perli Pulak” – Syura Tak Faham Netizen Nak Apa, Minta Maaf Pun Kena Kecam

syura

Oh! Artis

“Bila Dah Buat, Korang Perli Pulak” – Syura Tak Faham Netizen Nak Apa, Minta Maaf Pun Kena Kecam

Kes mahkamah lima sekawan dan penyanyi Siti Nordiana akhirnya selesai apabila masing-masing mengambil keputusan untuk bermaaf-maafan, semalam.

ADVERTISEMENT

BACA: Ini Pengakhiran Yang Dipilih Siti Nordiana Dalam Kes Saman Lima Sekawan RM2.5 Juta

Masing-masing bersetuju untuk menyelesaikan kes saman itu secara baik di luar mahkamah berserta terma-terma penyelesaian.

Terbaru, salah seorang penyanyi yang terlibat dalam kes ini iaitu Syura meluahkan rasa hairan dengan netizen yang masih mengecamnya sehingga kini.

syura

Tulis Syura di Instagram Story, sebelum ini netizen sendiri yang mahu lihat mereka berbaik tetapi apabila dah minta maaf, ada pula yang memerli dan mentertawakan mereka.

Penyanyi ini meminta netizen move on dan berhenti mengeluarkan kata-kata negatif terhadap mereka kerana isu dah berakhir.

nana

Lima sekawan yang disaman RM2.5juta oleh Siti Nordiana adalah penyanyi Lan Solo, isterinya, Nur Sheila Hassim, penyanyi Syura Badron, Sam Musyadzafar Samin, jurusolek artis bebas, Razidah Ahmad Senusi.

Mereka dituduh membuat sesi siaran langsung menyiar, mengeluar serta menerbitkan kata-kata berunsur fitnah terhadap Siti Nordiana.

Kredit: Instagram Syura

 + Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas