Connect with us

Oh! Media

Ini Pengakhiran Yang Dipilih Siti Nordiana Dalam Kes Saman Lima Sekawan RM2.5 Juta

siti nordiana ohmedia

Oh! Artis

Ini Pengakhiran Yang Dipilih Siti Nordiana Dalam Kes Saman Lima Sekawan RM2.5 Juta

Mungkin inilah keputusan yang terbaik dapat difikirkan Siti Nordiana dalam kes saman fitnah lima sekawan RM2.5 juta. Selepas dua tahun turun naik mahkamah, Nana memutuskan untuk menarik semula kes.

Perkara ini disahkan peguam Nana iaitu Abang Azlan Abang Ariffin di mana perbicaraan kes itu tidak diteruskan. Ini selepas masing-masing mengambil keputusan untuk berbincang dan saling bermaaf-maafan.

image 4

Persetujuan juga telah diputuskan mengikut terma dan syarat di mana kedua-dua pihak bersetuju ketika di hadapan Hakim, Dr John Lee Kien How @ Mohd Johan.

IKLAN

Kami berharap agar persengketaan terhenti di sini dan biarlah menjadi sejarah pahit yang tidak berulang lagi. – Kata hakim.

Dalam pada itu, lima sekawan iaitu Lan Solo, Nur Sheila, Syura Badron, Sam Musyadzafar dan Raziah Ahmad membuat permohonan maaf dan turut memaafkan Nana di hadapan hakim.

Nana kemudian turut membuat permohonan maaf kepada lima sekawan dan memaafkan semua kelakuan mereka sebelum ini.

Kredit: mStar

 + Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

OH! MEDIA

Kongsikan artikel ini

Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.

BULETIN OH! MEDIA

Baca Yang Paling Best Je.

Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!

Pautan artikel telah disalin.
author avatar
M. Hafizal Ketua Editor
Sebagai Ketua Editor di Oh! Media, Hafizal komited menyajikan berita terkini dan isu viral yang paling hangat di Malaysia. Ikuti penulisan Hafizal untuk liputan isu semasa dan gaya hidup yang sentiasa dekat dengan jiwa rakyat tempatan.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas