Connect with us

Oh! Media

Oh! Artis

“Beza Ulama Dan Ulam Pegaga” – Sharnaaz Bengang Dakwaan Salam Artis Boleh Rosak Roh

Isu ‘ustazah viral’ tidak lagi asing pada waktu kini kerana wanita yang digelar ustazah tersebut telah mencetuskan beberapa kontroversi yang melibatkan hal isu semasa serta hukum dalam agama.

BACA: “Jumpa Ulama Berebut Nak Salam” – Ustazah Viral Dakwa Salam Artis Boleh Buat Roh Dan Jiwa Rosak

IKLAN

Kontroversi yang terbaru iaitu dakwaan menyalam artis boleh merosakkan roh dan jiwa telah mendapat banyak perhatian daripada pelbagai pihak terutama pihak artis dan tidak terkecuali, pelakon Sharnaaz Ahmad.

Luah rasa geram

Menerusi satu posting yang telah dimuat naik oleh Sharnaaz di Instagram Story miliknya, pelakon itu meluahkan rasa bengang terhadap dakwaan ustazah tersebut kerana kenyataan itu dianggap aneh dan tidak masuk akal.

Nak maki kena sabar. Nak penendang pun kena sabar, nak penampar pun kena sabar. Berebut-rebut syaitan hasut ni nak maki. Contoh, beza antara ulama dan ulam pegaga. – Sharnaaz

Selain itu, ustazah itu juga pernah membangkitkan isu mengenai status suami membiarkan isteri bersalin bersama doktor lelaki telah mendapat perhatian oleh banyak pihak.

Kredit: Instagram

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Bukan seorang doktor, Mini merupakan penulis beretika di Oh! Media yang akan cuba mencari dan menyebarkan maklumat dan info sahih lagikan benar. Tiada yang benar melainkan benar yang sebenar-benarnya.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Oh.. Hai awak 👋
Trending terus kepada anda

Rangkuman ini akan mengumpulkan semua berita pilihan penulis yang popular setiap hari dan terus dihantarkan kepada anda. Ianya percuma!

Kami tidak akan spam! Baca privacy policy kami.

Trending Bulan Ini

Ohmedia Banner
Ke Atas