Connect with us

Oh! Media

“Besok Mati Langgar Mustang Ya” – Suami Buat Hal, Fatin Afeefa Pula Diserang Netizen

suami fatin afeefa

Oh! Artis

“Besok Mati Langgar Mustang Ya” – Suami Buat Hal, Fatin Afeefa Pula Diserang Netizen

Inilah yang dikatakan, kerana mulut badan binasa! Baru-baru ini, jutawan muda Aliff Awang dikecam netizen selepas tular video memaparkan dia memperlekehkan kereta bukan supercar.

ADVERTISEMENT

BACA: Isu ‘Najiskan’ Kereta, Opai Dipanggil Bersemuka Dengan Ayahanda Cek Ton

Aliff Awang atau lebih dikenali sebagai Opai telah tampil memohon maaf menjelaskan dia tak ada niat menghina sesiapa. Kenyataan dalam video tular sebenarnya untuk rakan-rakan dia je.

Fatin Afeefa jadi sasaran netizen

fatin afeefa

Isterinya, pelakon Fatin Afeefa turut menerima tempias apabila dikecam netizen. Menerusi hantaran di Instagram Story, Fatin berkongsi screenshot komen di mana seorang netizen mengugutnya.

fatin afeefa opai

Akaun media sosial pelakon Tentang Bulan dipercayai turut diserang netizen yang tak berpuas hati dengan suaminya.

Fatin mempersoalkan mengapa dia menjadi sasaran sedangkan tak terlibat dengan isu itu.

Untuk rekod, Fatin Afeefa dan Aliff Awang sah berkahwin pada 30 Disember 2022. Sebelum ini, Fatin pernah berumah tangga dengan pelakon Adam Shahz pada 21 Disember 2013 namun bercerai 4 tahun kemudian.

Kredit: Instagram Fatin Afeefa

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas