Connect with us

Oh! Media

“Beri Watak Ringan Dulu” – Nabila Huda Jawab Isu instafamous Jadi Pelakon

Oh! Artis

“Beri Watak Ringan Dulu” – Nabila Huda Jawab Isu instafamous Jadi Pelakon

Akhir-akhir ini kita melihat terdapat banyak isu membabitkan instafamous yang membanjiri bidang lakonan di Malaysia sehingga menyebabkan terdapat ketidakpuashatian netizen oleh sebab disajikan dengan lakonan yang tidak berkualiti atau lebih mesra digelar ‘kayu’.

ADVERTISEMENT

Perkara itu mendapat perhatian daripada pelakon senior dan sudah semestinya kehadiran mereka mampu menjadi persaingan buat pelakon sedia ada. Namun, pandangan lain pula terdapat mata-mata yang mengutarakan mengenai lakonan mereka yang kebanyakkan tiada penghayatan.

Isu tersebut turut mendapat perhatian daripada pelakon senior, Nabila Huda dan turut mengatakan bahawa tidak semua instafamous yang kebanyakkan beraksi di hadapan kamera telefon mampu memberikan kualiti lakonan di hadapan kamera.

Selain itu, Nabila juga turut menyarankan penerbit untuk tidak memberikan watak yang terlalu berat kepada instafamous yang baru berjinak dalam dunia lakonan.

Saya juga ingin menyarankan kepada penerbit yang ingin mengambil mereka sebagai pelakon supaya memberikan watak ringan terlebih dulu.

Menurutnya, perkara itu penting bagi proses pembelajaran kepada mereka supaya tidak kekok dan mampu menyesuaikan diri apabila beraksi di hadapan kamera untuk drama atau filem.

Tidakkah anda kasihan apabila mereka yang belum cukup pengalaman lakonan ini diletakkan di hadapan (sebagai pelakon utama).

Hal ini diungkapkan kerana mencari pengalaman terlebih dahulu adalah penting supaya tidak menjadi bahan ketawa kerana kecaman netizen kini mampu membuatkan seseorang jatuh motivasinya.

Nabila juga turut menasihatkan para Instafamous untuk berfikir secara teliti akan watak yang akan diterimanya selain turut menyatakan dia juga turut meneliti watak yang diberikan terlebih dahulu sebelum berani menerima watak tersebut.

Pelakon serba boleh itu juga menasihati syarikat produksi supaya mengambil inisiatif untuk melengkapkan instafamous atau pelakon baharu dengan ilmu menerusi kelas lakonan agar mereka sudah bersiap sedia dan proses penggambaran akan berjalan dengan lancar.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media

Comments

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas