Connect with us

Oh! Media

“Berdosakah Kami Tidak Bercerita?” – Nadia Annuar Tutup Mulut Lepas Bergelar Miss J

Nadia Annuar Cerai

Oh! Artis

“Berdosakah Kami Tidak Bercerita?” – Nadia Annuar Tutup Mulut Lepas Bergelar Miss J

Bila dah bergelar Miss J, memang ada mulut-mulut yang akan bercerita tak baik mengenai seseorang. Pasangan bercerai akan dipandang serong lebih-lebih lagi bila dah beberapa kali gagal dalam perkahwinan.

BACA: Pengacara Terkenal, Nadia Annuar Kongsi Gambar Dedah Aurat Sempena Ulang Tahun Kelahiran

Pengacara jelita, Nadia Annuar tak terlepas jadi bahan kutukan apabila netizen menuduhnya macam-macam.

IKLAN

Siap ada yang tuduh pengacara ini duduk kondominium sempit lepas bercerai. Ada juga yang tuduh Nadia tiada job dan hilang hak penjagaan dua anak kerana ‘jahat’.

Whatsapp image 2023 10 10 at 104213 am
Nadia cerai

Menjawab kepada tuduhan liar mak cik bawang itu, Nadia berkata dia sebenarnya sudah berputus asa dengan masyarakat Malaysia.

Niatnya menutup mulut mengenai kisah cerai kerana mahu menjaga aib tetapi tetap ada yang membuat andaian sendiri.

Nadia annuar
Nadia

Cerita yang direka itu kemudian dijaja dan menjadi bahan ketawa orang lain sedangkan mereka tak tahu kisah sebenar.

Mengenai tuduhan duduk rumah sempit, Nadia secara berseloroh dengan kawannya berkata ibunya iaitu usahawan kosmetik terkenal Kak Ton ada rumah 15 bilik. Takkanlah Nadia jatuh miskin kan?

Kredit: Instagram Nadia Annuar

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Arini Saleh
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas