Connect with us

Oh! Media

Pengacara Terkenal, Nadia Annuar Kongsi Gambar Dedah Aurat Sempena Ulang Tahun Kelahiran

nadia annuar

Oh! Artis

Pengacara Terkenal, Nadia Annuar Kongsi Gambar Dedah Aurat Sempena Ulang Tahun Kelahiran

Bersempena dengan ulang tahun kelahiran ke-39 tahun, pengacara terkenal, Nadia Annuar berkongsi gambarnya di atas kerusi tanpa tudung membuatkan ramai pengikutnya terkejut.

ADVERTISEMENT

Nadia yang sebelum ini menggayakan tudung dengan terlihat sedikit bahagian depan rambutnya kini tampil lebih berani untuk berkongsi gambar itu. Dalam perkongsian itu, Nadia turut berharap agar Allah terus memberikannya kekuatan untuk meneruskan kehidupan.

Nadia Annuar anggar kekuatan itu boleh jadi satu kelemahan yang besar…

Alhamdulillah, setahun lebih dewasa. Apa yang kita fikir sebagai kekuatan kita boleh juga menjadi kelemahan yang besar.

Saya telah melalui banyak hal sepanjang tahun lalu. Saya buat banyak kawan dan musuh. Saya belajar sesuatu daripada itu. Keputusan perlu dibuat. Ada yang baik dan ada yang buruk tapi perlu dibuat.

Sementara saya ambil apa yang buruk sebagai kekurangan saya, saya harap Allah akan terus mengurniakan saya kekuatan untuk terus hidup dengan cara yang Dia inginkan.

Rata-rata pengikutnya meluahkan rasa sedih terhadap keputusan Nadia untuk membuka tudung dan berharap agar dirinya kembali sedar. Kita doakan yang terbaik.

Kredit: Instagram

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas