Connect with us

Oh! Media

Bengang Dituduh Kaki Sondol, Fiza Halim Dedah Pemfitnah Ganggu Bekas Suami

Fiza Halim

Oh! Artis

Bengang Dituduh Kaki Sondol, Fiza Halim Dedah Pemfitnah Ganggu Bekas Suami

Pelakon Fiza Halim baru-baru ini tampil mempertahankan diri berikutan imejnya yang tercalar akibat digelar kaki sondol dan mata duitan sejak bulan lalu.

ADVERTISEMENT

BACA : “Bukan Soal Mata Duitan” -Fiza Halim Bingung Dilamar VIP Berstatus Duda

Ujar Fiza, dia kini sudah tidak dapat menahan sabar apabila individu yang memulakan cerita tersebut telah mengeruhkan lagi keadaan dengan menghubungi isteri kepada bekas suami pertamanya.

Malah, individu itu turut mengaitkan bekas suami keduanya iaitu penyanyi kelahiran program Akademi Fantasia, Adam.

Lagi lama saya diam, makin menjadi-jadi pula. Semalam pun dia muat naik status lagi. Dia siap pergi DM isteri kepada bekas suami pertama saya. Pergi kaitkan dengan orang lain termasuk Adam. Lagi lama saya diam, makin menjadi-jadi. Bukan tak tahan, tapi saya kena pertahankan diri.

Tambahnya lagi, kisah penceraiannya itu sudah lama berlaku dan sudah pun berbaik dengan bekas suami namun ada pula anasir lain yang mengeruhkan keadaan dan membuat onar.

Enggan mendiamkan diri, Fiza juga ada mengajak individu tersebut untuk bertemu dengannya tanpa perlu menyebarkan perkara fitnah kepada umum di media sosial.

Kalau betul tak puas hati, mari berjumpa dengan saya. Cukup la saya kena maki, kena caci dan keluarga semua kena hina. Dalam minggu depan Insya-Allah, saya akan dapat keputusan daripada pihak polis.

Terdahulu, Fiza telah mendirikan rumah tangga bersama Aizat Al-Jefri Abdul Kudus pada Disember 2016 dan hasil perkongsian hidup, pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata perempuan.

Perkahwinannya bersama Aizat merupakan pernikahan kali ketiga buat Fiza.

Kredit: mStar

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas