Connect with us

Oh! Media

“Bukan Soal Mata Duitan” -Fiza Halim Bingung Dilamar VIP Berstatus Duda

ohmedia fiza

Oh! Artis

“Bukan Soal Mata Duitan” -Fiza Halim Bingung Dilamar VIP Berstatus Duda

Orang perempuan selalunya mesti berangan nak kahwin dengan anak raja kan? Biasalah tu, siapa taknak hidup bersama dengan anak raja yang hensem dan kaya raya kan? Hehe. Tapi lain pula ceritanya dengan bekas anggota kumpulan Elite, Fiza Halim yang mendakwa sedang bingung apabila dilamar seorang VIP.

Fiza yang sudah tiga kali gagal dalam perkahwinan mendedahkan perkara ini apabila seorang kenamaan berstatus duda mahu melamarnya menjadi isteri.

fiza8 13 37 643797 1

Jujur saya masih berkira-kira dalam hal mencari pengganti. Saya kena berfikir panjang soal masa depan.

Siapa yang tidak serik berkahwin dan berpisah. Tiga kali saya lalui perkara ini di mana tidak semua orang sanggup terima. Saya bimbang salah percaturan, takkan hendak melalui fasa sama. Berkahwin, ada anak dan kemudian jadi janda. Minta simpang perkara itu terjadi lagi. – Katanya.

Fiza Halim yang dihubungi BH Online turut menyatakan dia juga tidak mahu dikecam lagi. Ogos depan Fiza akan menyambut hari lahirnya yang ke-40 dan dia sudah tidak mahu main-main lagi termasuk soal cinta.

IKLAN

Dalam konteks ini, bukan soal materialistik atau mata duitan, tapi lebih realistik. Jadi, istilah pisau cukur itu tidak sesuai digunakan atau perlu dilihat dalam skop yang lebih jauh. Tidak semestinya cari lelaki berada sebab hendak kikis duit. – Ulasnya lagi.

Bagaimanapun, Fiza kini tidak terfikir lagi untuk menerima tawaran berlakon dalam situasi wabak pandemik Covid-19 dan hanya mendapatkan ulasan berbayar produk di Instagram serta bersedia untuk menjadi duta produk.

Kredit: Berita Harian

+ Baca respon pembaca yang di Facebook Oh! Media.

OH! MEDIA

Kongsikan artikel ini

Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.

BULETIN OH! MEDIA

Baca Yang Paling Best Je.

Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!

Pautan artikel telah disalin.
author avatar
M. Hafizal Ketua Editor
Sebagai Ketua Editor di Oh! Media, Hafizal komited menyajikan berita terkini dan isu viral yang paling hangat di Malaysia. Ikuti penulisan Hafizal untuk liputan isu semasa dan gaya hidup yang sentiasa dekat dengan jiwa rakyat tempatan.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas