Oh! Artis
“Benefit Siapa Sebenarnya?” – Sharifah Amani Persoal Kriteria 1 Juta Followers
Pemilihan pelakon berdasarkan bakat atau jumlah followers di Instagram nampaknya sehingga kini masih menjadi perdebatan ramai.
BACA: “Nak Berlakon? Pastikan Ada Sejuta ‘Followers’” – Fadzil Teh Pertahan Keputusan Stesen TV
Isu ini kembali menjadi bualan apabila tersebarnya screenshot mendakwa sebuah syarikat penyiaran menetapkan syarat pelakon muda, popular dan followers melebihi 1 juta di Instagram.

Pelakon berbakat, Sharifah Amani menerusi Twitter dilihat mempersoalkan kriteria yang ditetapkan itu. Bersama hantaran tersebut, dia turut memuat naik reaksi rakan artis yang lain.
So criteria sejuta lebih nie benefit siapa sebenarnya?? 😫😫 pic.twitter.com/sE9gBnsrDp
— Sharifah Amani 🇲🇾 (@sharifahamani) November 25, 2021
Menurut Nam Ron, syarat yang ditetapkan itu adalah benar dan bukannya gurauan semata-mata. Oleh itu, pelakon ini menyeru orang ramai mengikuti akaun media sosial artis kegemaran jika mahu mereka beraksi di TV.


Pengacara Sherry Alhadad pula bertanyakan penonton sama ada mereka memilih kualiti daripada kuantiti. Dia bersimpati dengan nasib pelajar seni yang langsung tidak berpeluang untuk menyerlahkan bakat, jika keutamaan diberikan kepada individu yang mempunyai pengikut yang ramai.
Setakat ini, perkongsian yang dibuat Sharifah Amani telah mendapat lebih 3,000 retweet. Rata-rata bersimpati dengan nasib anak seni yang langsung tidak dipandang stesen TV.
Hmm, apa pendapat korang? Bakat atau popular yang lebih penting?
Kredit: Twitter Sharifah Amani
+ Baca respon pembaca di Facebook dan Twitter Oh!Media.
Fimie Don Dedah Realiti Berlakon Drama Hikayat Putera Shazlan | Oh! Podcast Ep25
OH! MEDIA 14/03/2026 8:00 PM