Connect with us

Oh! Media

Oh! Artis

Bella Astillah Teringin Nak Rasa Apa Yang ‘Penyondol’ Rasa

Pelakon dan penyanyi, Bella Astillah teringin nak berlakon sebagai watak ‘penyondol’ sepertimana yang kerap terjadi dalam rumah tangga kebanyakan pasangan selebriti baru-baru ini.

Menurut laporan Harian Metro, sebab itulah Bella ingin memegang watak itu kerana ia benar-benar terjadi dalam kehidupan sebenar.

IKLAN

Kalau ada tawaran watak itu saya akan menerimanya sekarang. Saya okay saja untuk melakonkan watak itu sebab mahu tahu apa yang mereka (penyondol) rasa? Seronok ke?

Bukankah hidup sebagai ‘penyondol’ menjadi tidak tenang dan berasa takut?

Saya percaya setiap watak yang dijayakan adalah sebahagian daripada proses pembelajaran untuk menjadi lebih bagus dalam bidang lakonan.

Saya berharap dapat peluang melakonkan watak jahat yang mampu mencabar lakonan sedia ada selepas ini.

Bella juga mengatakan yang sekiranya dia benar akan dapat watak ‘penyondol’ suatu hari nanti, dia bersedia dengan segala respon daripada netizen. 

Jika penonton berasa benci ia disebabkan lakonan saya melakonkan watak terbabit benar-benar menjadi. Bila bergelar pelakon kita akan cuba apa saja watak yang diberi.

Dari situ kita akan melalui pengalaman. Kalau tak buat, sampai bila-bila kita tidak akan melalui proses terbabit.

Bella Astillah hanya nak berlakon saja ya, dan bukan nak jadi ‘penyondol’ yang sebenar. 

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Penulis sepenuh masa di Oh! Media. Skop penulisan merangkumi segala aspek terkini & viral.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Oh.. Hai awak 👋
Trending terus kepada anda

Rangkuman ini akan mengumpulkan semua berita pilihan penulis yang popular setiap hari dan terus dihantarkan kepada anda. Ianya percuma!

Kami tidak akan spam! Baca privacy policy kami.

Trending Bulan Ini

Ohmedia Banner
Ke Atas