Oh! Artis
Beli Tiket Sebab Anak-Anak Minta, Nabil Ahmad Anggap Terlepas Konsert Petanda Tuhan
Pengacara, pelawak dan penyampai radio Nabil Ahmad ‘terduduk’ selepas mendapat tahu dia sudah terlepas menonton konsert Billie Eilish Happier Than Ever The World Tour 2022 yang berlangsung pada malam Jumaat.
BACA: Nabil Ahmad Terduduk! Melayang RM2,500 Sebab Sangka Konsert Billie Eilish Malam Ini
Namun menurut Nabil, dia sebenarnya tidak ralat dan menganggap ianya satu petanda daripada Allah SWT.
@era.je Reaksi anak Nabil bila Nabil salah tarikh konsert Billie Eilish 😂 #3PagiERA #fyp #foryou #billieeilish ♬ original sound – ERA
Nabil yang membeli lima tiket dengan harga RM2,540 untuk dirinya, isteri dan anak-anak memang tak perasan tarikh konsert berlangsung.
Betul, saya tidak perasan tarikh konsert kerana bagai saya, acara itu bukanlah sesuatu yang penting.
Saya beli lima tiket, Rabu lalu bagi memenuhi permintaan anak-anak. Saya memang fikirkan konsert berlangsung dua hari.
Dia bagaimanapun bersyukur dan kesilapan melihat tarikh mungkin tanda Allah SWT tidak mahu dia dan keluarga lalai dengan hiburan.
Kami belum pernah menonton konsert. Sebelum ini, kami pernah menyaksikan pementasan di Disneyland.
Jelas penyampai radio Era ini lagi, dia sebenarnya hanya mahu memenuhi permintaan anak-anak dan melihat cara produksi antarabangsa bekerja dan bagaimana konsert itu dikendalikan.
Kredit: Berita Harian | TikTok Era
+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.
Fimie Don Dedah Realiti Berlakon Drama Hikayat Putera Shazlan | Oh! Podcast Ep25
OH! MEDIA 14/03/2026 8:00 PM