Connect with us

Oh! Artis

Bekas Pengurus Peribadi Buat Laporan Polis, Dakwa Banyak Simpan Rahsia Mak Wan Latah

Bekas pengurus peribadi kepada pelakon veteran, Mak Wan Latah dikenali sebagai Amell hari ini membuat dakwaan mengejutkan mengenai pelakon itu.

BACA: Individu Ini Tampil Mohon Maaf Tuduh Mak Wan Main Sihir, Mengaku Salah Orang

IKLAN

Menerusi beberapa rakaman video di TikTok, dia yang menggunakan akaun official_amell77 memberitahu akan membongkar siapakah Mak Wan yang sebenarnya.

Jelasnya lagi, dia akan membawa isu yang tercetus di antara mereka ke muka pengadilan. Eh apa cerita pula ni?

@official_amell77 #fyp #viral #penipu #artis #makwanlatah #viralvideo #viraltiktok ♬ bunyi asal – ᴬᴹᴱᴸᴸ

Menerusi temubual bersama mStar, Amell mendakwa dia telah menjadi mangsa perbuatan pelakon itu.

Kata Amell lagi, tujuan dia mendedahkan video di TikTok kerana tidak mahu orang lain turut terkena sepertinya.

Selama ini dia banyak berdiam kerana telah menganggap pelakon itu seperti ibunya sendiri, ujarnya.

Selama ini saya banyak simpan rahsia dia walaupun pernah dimaki hamun ketika di set penggambaran.

Menurut Amell, dia telah tampil membuat laporan polis di Ibu Pejabat Balai Polis Teluk Intan pada malam Sabtu berhubung dakwaan pelakon itu telah mengambil wangnya.

Lebih mengecewakan, baru-baru ini ketika berjumpa dengan ibu kandung saya, Mak Wan buat cerita kononnya saya mengambil duitnya sebanyak RM20,000.

Sebaliknya dakwa Amell, pelakon itu yang mengambil wangnya dan dia mempunyai bukti.

Dalam masa terdekat ini, dia juga akan buat satu laporan polis di Ampang mengenai kehilangan barang kemasnya pula.

Tangkap layar daripada TikTok official_amell77

Setakat ini, pendedahan yang dibuat Amell di TikTok telah mendapat lebih 2 juta tontotan selepas lebih 8 jam dimuat naik.

Kita tunggu respon balas daripada Mak Wan pula berkaitan isu ini.

Kredit: TikTok official_amell77 | mStar

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Editor-In-Chief. Penulis sepenuh masa di Oh! Media berkaitan isu viral dan trending di media sosial.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Trending Bulan Ini

Ohmedia Banner
Ke Atas