Connect with us

Oh! Artis

Bekas Isteri Pengarah Aziz M. Osman Akhirnya Beri Komen Keputusan Untuk Bercerai Setelah 13 Tahun Berumah Tangga

Sebelum ini kami ada melaporkan yang rumah tangga pelakon dan pengarah dikenali ramai, Aziz M. Osman telah menjumpai titik noktah bersama isterinya, Puteri Lily.

BACA : Pelakon Dan Pengarah Terkenal, Aziz M. Osman Sah Bercerai Dengan Isteri, Puteri Lily Awal Bulan Lalu

IKLAN

Terbaru! Bekas isteri kepada pengarah filem Aziz M. Osman, Puteri Lily Lokman akhirnya muka mulut mengenai keputusan untuk bercerai setelah 13 tahun mendirikan rumah tangga dengan pengarah itu.

Puteri Lily berkata keputusan itu merupakan jalan terbaik dan mengakui mereka lebih tenang setelah bercerai.

Jelasnya, tiada sesiapa yang inginkan perceraian dalam rumah tangga namun menganggap sebarang konflik dalam perkahwinan adalah sesuatu yang tidak baik untuk anak-anak.

Bila tiada sefahaman, lebih baik berpisah secara baik. Mungkin kami berdua gagal sebagai pasangan hidup, namun sebagai kawan Insya-Allah kami baik.

Apabila kami berdua sudah bercerai, Alhamdulillah kami rasa tenang. Anak pun okay. Anak-anak juga dilihat sangat berlapang dada menerima keputusan ini.

Bukan tu jer, Puteri berkata lagi yang dia sudah berusaha untuk mempertahankan rumah tangga yang dibina sejak 13 tahun lalu dan menganggap ia sesuatu yang bukan mudah untuk ditamatkan.

Bila hidup ini rasa I’m done dan sudah berusaha buat yang terbaik, rasa sudah sampai limit, dah tak nampak jalan untuk selesaikan lagi. Saya sudah bersedia dari sudut mental dan fizikal, namun sebab selebihnya tidak boleh didedahkan kepada umum.

Dalam pada itu, ketika disoal adakah punca perceraian adalah disebabkan oleh kehadiran orang ketiga, Puteri enggan mengulas lanjut kerana sudah berjanji dengan anak sulungnya, Puteri Nur Azzahra.

Saya tidak boleh komen banyak tentang isu ini kerana sudah berjanji dengan anak sulung saya. Malah ibu bapa saya pun tak tahu kami akan cerai, mereka sangat terkejut.

Kredit: Portal

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Penulis sepenuh masa di Oh! Media. Skop penulisan merangkumi segala aspek terkini & viral.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Trending Bulan Ini

Ohmedia Banner
Ke Atas