Connect with us

Oh! Media

“Bekas Isteri Buat Keputusan Betul” – Netizen Kritik Fuad Rahman Dan Tom Terkinja Dalam Kereta

Oh! Artis

“Bekas Isteri Buat Keputusan Betul” – Netizen Kritik Fuad Rahman Dan Tom Terkinja Dalam Kereta

Selepas umum bercinta, pasangan Gegar Vaganza musim 9 Fuad Rahman dan Tom menerima kritikan ramai ekoran Fuad diketahui berstatus suami orang. Ada yang mendakwa Tom menjadi punca perpisahan Fuad Rahman dan bekas isterinya.

ADVERTISEMENT

Tapi, Fuad menafikan dakwaan itu menyatakan dia dan bekas isteri memang ada masalah, kini mereka dalam proses bercerai.

BACA: Tom Tengok Bukti Perbualan Hubungan Ada Masalah, ‘Get Back’ Sebab Ikhlas Nak Jaga Fuad Rahman

Terbaru, pasangan penyanyi itu menerima kritikan ramai selepas tular video memaparkan mereka sakan menari di dalam kereta.

Dapat dilihat suasana di dalam kereta sangat meriah siap dengan lampu warna warni seperti di disko.

@mimie_gojes Rock n roll couple#foryou #InspiredAwesomeLife #PepsiNutmegMY #fuadrahman2k22 #rajakingtom #fypシ ♬ original sound – mimie_farisha

Di ruangan komen, pelbagai reaksi diberikan netizen berkenaan pasangan sedang hangat bercinta itu. Menurut netizen, pasangan itu sangat serasi kerana masing-masing mempunyai minat yang sama.

Ada juga netizen memetik bekas sendiri menyatakan dia membuat keputusan yang betul apabila berpisah dengan penyanyi berasal dari Singapura itu.

Kredit: TikTok @mimie_gojes

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas