Oh! Artis
“Bapa Mentua Beri Dorongan Untuk Teruskan Hidup” – Puteri Sarah Bangga Dapat Beli Kereta Idaman Hasil Titik Peluh Sendiri
Pada
Oleh
Sepanjang beberapa bulan kebelakangan ini, kita digemparkan dengan krisis rumahtangga pelakon, Puteri Sarah Liyana dan suaminya, Syamsul Yusof yang dikatakan mula retak disebabkan oleh orang ketiga.
BACA: “Lunch Bersama Menantu Saya, Isteri Syamsul Yusof” – Ibu Mentua Puteri Sarah
Kontroversi yang melibatkan rumahtangga pelakon itu sama sekali tidak mematahkan semangatnya untuk meneruskan kehidupan sehariannya.
Baru-baru ini, Puteri Sarah memuat naik satu hantaran di Instagram story berkongsi kegembiraannya berjaya memilik kereta baharu.

Menerusi perkongsiannya itu, Puteri Sarah memaklumkan bahawa dia begitu gembira dan teruja selepas berjaya untuk membeli kereta idamannya itu dengan hasil titik peluhnya sendiri.
Sarah nak ambil kereta baru Sarah, tak sabar (Ya Allah).
Kereta baru Sarah yang (Sarah) beli dengan hasil duit sendiri ya, hasil duit sendiri selama Sarah kerja balik.
Dalam pada itu, Puteri Sarah yang dihubungi Harian Metro memaklumkan bahawa individu yang banyak mendorongnya untuk kembali bekerja ialah bapa mentuanya yang juga penerbit dan pengarah terkenal, Datuk Yusof Haslam.
Datuk pernah cakap buat apa saya nak terperap di rumah dan terus bersedih. Lebih baik keluar bekerja. Alhamdulillah, saya masih diterima baik dan tawaran berlakon tak pernah putus sampai sekarang.
Dalam masa sama, setiap apa yang saya usahakan mendapat sokongan semua. Terima kasih banyak kepada semua peminat dan orang ramai atas doanya yang baik-baik buat saya dan anak-anak.
Siapa cakap wanita ni insan yang lemah? Apa-apa pun, tahniah Sarah atas kejayaan ini.
Kredit: Instagram puterisarahliyana | Harian Metro
+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media
Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.
Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!
Mamat Sepah mengakui dirinya menjadi punca tercetusnya konflik membabitkan Jep Sepahtu dan Shuib Sepahtu.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr Zulkifli Hasan memuji tindakan Jep Sepahtu berkongsi...
Rita Rudaini sindir individu yang didakwa “terpaling bayar nafkah” dan mendakwa bekas suami masih ada hutang...
Shuib mengesahkan sudah membaca luahan panjang Jep Sepahtu mengenai dirinya, namun memilih untuk tidak memberikan sebarang...
Ain Edruce mengakui menjadi mangsa penipuan selepas membeli dua tiket F1 Bahrain pada harga RM8,000, sedangkan...